Harian Metro

Sakit tapi tak nak berubat...

-

Dalam pada industri hiburan tanah air berkembang mekar dengan kehadiran bintang baharu, SS dengar ada selebriti kurang sihat.

Ini termasuk selebriti berkaliber dan popular yang katanya memiliki ramai peminat, tetapi berhadapan masalah kesihatan

Mengikut cerita rakan SS, teman rapatnya rimas dengan sikap selebriti itu yang enggan mengikut jadual rawatan yang sudah ditetapkan doktor.

Kata rakan SS, dalam kes selebriti terbabit bukan pesakit yang perlukan doktor, tetapi sebaliknya doktor yang sentiasa bertanyaka­n kelapangan masa pesakit.

Menurut teman kepada rakan SS itu, jadual aktiviti seni selebriti berkenaan tidaklah sibuk mana, tetapi masa yang ada sering dihabiskan­nya dengan berhibur bersama rakan baik.

SS yang mendengar cerita ini hanya mampu geleng kepala. Ini kerana SS terfikir sakit jenis apa sebenarnya dihidapi selebriti berkenaan?

Daripada kesimpulan yang SS boleh buat penyakit sebenar selebriti itu ialah ‘sindrom lupa diri dan kejutan budaya dek populariti dimiliki’.

Sakit jenis ini rasa SS memang tak perlukan perhatian doktor tetapi muhasabah diri sebelum karier seni yang kini berada di puncak merudum jatuh menyembah bumi.

Pesan SS, hargailah peluang yang dimiliki kerana tidak ramai orang bernasib baik sepertinya. Termasuk, jangan cuba menipu peminat anda!

Sekali lagi, ingin SS usulkan tepuk dada dan tanya selera. Malah, diharapkan semoga selebriti itu belajar bersyukur dengan peluang yang diperolehi­nya.

SS: Peluang tak datang selalu dan jangan hancurkan karier sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia