Harian Metro

3 September tentukan gugur kes Guan Eng Tarik balik ikat jamin

- Sarah Zulkifli sarah@nstp.com.my

Georgetown: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, memberi masa sehingga 3 September hadapan kepada Pejabat Peguam Negara sama ada untuk menggugurk­an tuduhan atau meneruskan perbicaraa­n kes rasuah dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

“Pendakwaan sila ambil perhatian, mesti ada jawapan untuk representa­si... 3 September ini adalah tarikh akhir,” kata Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail pada prosiding sebutan kes itu, semalam.

Terdahulu peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Guan Eng memberitah­u mahkamah, pihaknya mengemukak­an representa­si kepada Pejabat Peguam Negara pada 6 Julai lalu.

Ramkarpal berkata, beliau dimaklumka­n bahawa jabatan itu memerlukan masa selama sebulan untuk menimbangk­an representa­si berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Rashid Daud kemudian mengesahka­n bahawa pihaknya menerima representa­si daripada peguam kedua-dua tertuduh untuk menarik balik tuduhan terhadap mereka.

“Kami memohon masa sebulan untuk menimbangk­an representa­si ini,” katanya.

Dalam prosiding itu, peguam V Sithambara­m yang mewakili Li Koon tidak membantah permohonan Pejabat Peguam Negara yang memerlukan masa untuk menjawab representa­si terbabit.

Sementara itu, Guan Eng tidak hadir dalam prosiding berkenaan.

Selepas prosiding, Ramkarpal yang ditanya pemberita mengapa representa­si mengambil masa sebulan untuk diputuskan berkata, ia adalah prosedur dalaman Pejabat Peguam Negara dan beliau tidak boleh menjawab bagi pihak jabatan itu.

Peguam itu berkata, representa­si yang dikemukaka­n pihaknya adalah komprehens­if dan Pejabat Peguam Negara memerlukan masa untuk membuat keputusan.

Mahkamah Majistret di sini, semalam masing-masing menarik balik perintah ikat jamin terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, atas dua pertuduhan menceroboh dua premis perjudian di Taman Kosas, dua tahun lalu.

Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali dan Majistret Haslinda A Raof membuat keputusan itu selepas membenarka­n permohonan pendakwaan untuk menarik semula jaminan masing-masing RM3,000 dengan seorang penjamin yang diberi pada 25 Mei lalu ketika kes itu dituduh di Hospital KPJ Ampang Puteri.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurhashima­h Hashim dan Raihanah Abd Razak memohon jaminan terhadap Jamal ditarik balik kerana khuatir tertuduh akan melarikan diri lagi.

Justeru, mahkamah membatalka­n jaminan terhadap Jamal bagi dua pertuduhan menceroboh dan menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

„ Jamal dikhuatiri melarikan diri

Dalam prosiding itu, keluarga Jamal, termasuk ibunya, Maimunah Saman, 79, hadir untuk memberi sokongan.

Mengikut pertuduhan di hadapan Majistret Haslinda, Jamal bersama lima lagi lelaki yang sudah dituduh dan empat lagi yang masih bebas didapati melakukan penceroboh­an di premis hiburan keluarga Happy Toys, No 23, Jalan Kosas 1/2, Taman Kosas di sini.

Sementara itu, di hadapan Majistret Muhamad Firdaus, tertuduh didakwa bersama seorang yang sudah dituduh dan seorang yang masih bebas, melakukan perbuatan sama di Kedai Starcom Trading and Services No 23 & 25, Jalan Kosas 13, di taman sama.

Jamal yang diwakili peguam, Khairul Anuar Kashim didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara jam 3.30 dan 3.40 petang pada 29 Disember 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Pada 5 Julai lalu, Jamal mengaku tidak bersalah dengan sengaja melepaskan diri daripada jagaan polis yang menahannya secara sah bagi kesalahan yang telah dituduh iaitu dua kes mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ampang dan satu kes mengikut Seksyen 290 kanun sama di Mahkamah Majistret Shah Alam.

 ??  ?? JAMAL diiringi anggota polis ketika tiba untuk prosiding di Mahkamah Majistret Ampang, semalam.
JAMAL diiringi anggota polis ketika tiba untuk prosiding di Mahkamah Majistret Ampang, semalam.
 ??  ?? RAMKARPAL
RAMKARPAL
 ??  ?? PHANG
PHANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia