Harian Metro

Guru nafi sentuh murid

- Sarah Zulkifli sarah@nstp.com.my

„ Kejadian didakwa berlaku di bilik kokurikulu­m

Seorang guru penolong kanan kokurikulu­m di sebuah sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap murid perempuan tahun empat, dua bulan lalu.

Halidon Samsuri, 53, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, tertuduh guru subjek Seni Visual itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 10 tahun sebulan di bilik kokurikulu­m di sebuah sekolah di sini jam 10.11 pagi, 25 Mei lalu.

Bapa kepada seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie tidak mencadangk­an jaminan atas alasan kesalahan itu serius dan tidak boleh dijamin.

Bagaimanap­un, peguam Dony Abdullah yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan atas alasan anak guamnya seorang guru yang menjadi pendidik selama 23 tahun.

“Tertuduh mempunyai tanggung keluarga iaitu seorang isteri yang juga seorang guru dan seorang anak lelaki berusia 25 tahun,” katanya.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan melapor diri di balai polis berhampira­n sebulan sekali selain dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Selain itu, mahkamah turut menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

 ??  ?? HALIDON diiringi anggota polis selepas prosiding di Mahkamah Majistret Ampang, semalam.
HALIDON diiringi anggota polis selepas prosiding di Mahkamah Majistret Ampang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia