Harian Metro

60,000 dikesan tiada pengenalan diri

-

Kota Kinabalu: Kira-kira 60,000 individu di Sabah dikenal pasti tiada dokumen pengenalan diri hasil bancian dijalankan sejak sebulan lalu oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menamakan mereka sebagai Gabungan NGOS Negeri Sabah (GANNOS).

Yang Dipertua GANNOS Datuk Nani Sakam berkata, hasil bancian di setiap daerah membuktika­n memang wujud individu tiada dokumen atau tiada kerakyatan di negeri ini walaupun mereka lahir di Sabah.

“Bancian dijalankan bermula 29 Jun lalu hingga 30 Julai dan data kami menunjukka­n kira-kira 60,000 individu tiada dokumen sijil lahir atau kad pengenalan walaupun lahir di sini.

“Bancian ini dibuat untuk membantu kerajaan negeri dan Persekutua­n dalam mengumpul data (individu tiada dokumen) supaya kita boleh membantu mereka mendapatka­n dokumen,” katanya, semalam.

Menurut Nani, hasil bancian juga mendapati, punca individu terbabit tiada dokumen disebabkan pelbagai faktor seperti disebabkan sistem, perkahwina­n campur (dengan warga asing) dan individu menetap di pedalaman.

“Ada beberapa jenis individu tiada dokumen atau tiada kerakyatan di Sabah ini termasuk apabila seseorang warga negara berkahwin dengan pasangan dari luar negara, sijil nikah mereka tidak sah dan menyebabka­n anak mereka tidak diberi sijil lahir.

“Selain itu, lewat mendaftar anak di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) untuk mendapatka­n sijil lahir disebabkan faktor kemiskinan, memerlukan kenderaan bagi mereka yang menetap di pedalaman dan kurang kesedaran untuk mendaftark­an anak bagi mendapatka­n sijil lahir,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 24 Julai lalu.
LAPORAN Harian Metro 24 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia