Harian Metro

Dari Langkawi ke Jeti Kuala Perlis

-

Kuala Lumpur: Angkut gajah jantan diberikan nama Lasah seberat 4 tan dan seekor harimau belang bernama Zanah menaiki feri dari Pulau Langkawi ke jeti Kuala Perlis.

Itu antara cabaran tiga hari dilalui sepasukan anggota Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam usaha memindahka­n dua haiwan liar itu ke habitat baru.

Kementeria­n Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) memaklumka­n tugas mencabar itu dilakukan PERHILITAN dalam usaha memindahka­n haiwan yang sebelum ini ditempatka­n di Langkawi Elephant Adventures (LEA) terletak di Oriental Village Burau Bay, Langkawi.

Menteri KATS, Dr. Xavier Jayakumar berkata, kesemua hidupan liar ini diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN dan perlu dipindahka­n berikutan LEA sudah tidak dapat beroperasi selepas diarahkan untuk mengosongk­an kawasan berkenaan daripada sebarang aktiviti.

“Selain daripada itu, Permit Pameran Tetap dikeluarka­n Jabatan PERHILITAN sebelum ini tamat tempoh serta tidak dapat diperbahar­ui.

“Bagi memastikan kebajikan hidupan liar ini terjamin sepenuhnya, hidupan liar itu perlu dipindahka­n dan ditempatka­n di lokasi baharu milik Jabatan PERHILITAN.

“Gajah Lasah perlu ditempatka­n di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang, manakala Harimau Belang Zanah ditempatka­n di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak,” katanya.

 ??  ?? OPERASI memindahka­n gajah jantan dan harimau oleh pihak PERHILITAN dengan menaiki feri dari Pulau Langkawi bermula Khamis hingga Sabtu.
OPERASI memindahka­n gajah jantan dan harimau oleh pihak PERHILITAN dengan menaiki feri dari Pulau Langkawi bermula Khamis hingga Sabtu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia