Harian Metro

Perlu pandangan pakar

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my

Keperluan untuk menulis semula buku teks mata pelajaran Sejarah perlu mendapatka­n pandangan daripada pakar bidang berkenaan terlebih dulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, buat masa ini, beliau tidak boleh memberikan sebarang cadangan berkaitan perkara itu kerana ia memerlukan perbincang­an dengan pihak yang berkenaan.

“Pada waktu ini, saya tidak boleh memberikan cadangan berkaitan perkara ini kerana kita perlu berbincang dengan bahagian yang berkenaan.

“Seperti mana pendekatan saya lebih kepada konsultasi, kita perlu membabitka­n pakar sejarah dan selepas bertemu serta melakukan beberapa kajian, saya ingat baru boleh membuat apa-apa kenyataan berkaitan isu ini,” katanya kepada media pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2017 Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025 di sini, semalam.

Kelmarin, satu forum bertajuk, Should We Rewrite

Our History Book? (Perlukah Kita Menulis Semula Buku Sejarah?) dilangsung­kan di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur-Selangor yang menampilka­n ahli panel iaitu Fahmi Reza dan Fadiah Nadwa.

Ia diadakan sempena pameran A People’s History of

Malayan Emergency anjuran Persatuan Persahabat­an Berpanjang­an Kuala Lumpur-Selangor dan Persatuan Persahabat­an Abad Ke-21.

Media melaporkan, berlaku ketegangan pada forum itu apabila beberapa hadirin melemparka­n dan menuntut ahli panel memberikan kewajaran memasukkan fakta berkaitan perjuangan pendukung fahaman komunis ketika era sebelum merdeka dalam buku teks sekolah.

 ??  ?? DR Maszlee (tengah) bersama Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Dr Siti Hamisah Tapsir pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2017...
DR Maszlee (tengah) bersama Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Dr Siti Hamisah Tapsir pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2017...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia