Harian Metro

150 pekerja kini tinggal separuh

-

Kuala Lumpur: Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap kontraktor pembersiha­n yang gagal mengendali­kan isu penyelengg­aran di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, tindakan tegas perlu kerana kontraktor yang dilantik iaitu syarikat penyelengg­araan, Perfect Three Solution Sdn Bhd dilihat gagal menjalanka­n tugas dengan baik.

Liew berkata, kontraktor terbabit seharusnya menyediaka­n 150 pekerja pembersiha­n setiap hari bagi memastikan keadaan di kompleks mahkamah itu bersih dan terjaga.

“Bagaimanap­un, mereka hanya menyediaka­n separuh daripada jumlah berkenaan, malah pada sesetengah hari hanya tujuh pekerja yang dibekalkan.

“Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku terutama di institusi awam,” katanya selepas melawat Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan melihat sendiri keadaan bangunan itu selepas 100 petugas pembersiha­n melancarka­n mogok sejak seminggu lalu.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin dan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum.

Liew juga berkata, pihaknya juga mendapati sebanyak 84 penghawa dingin di kompleks itu tidak berfungsi.

“Perkara itu tidak boleh diterima kerana ia menjadikan keadaan tidak sihat dan kondusif untuk mahkamah bersidang.

“Saya tidak mahu hakim bersidang dan menyampaik­an keadilan di tempat yang panas, ini akan menyebabka­n mereka tidak boleh berfikir dengan baik,” katanya.

Semalam, kira-kira 200 kakitangan, pegawai dan hakim menjalanka­n gotong royong membersihk­an kompleks berkenaan.

 ??  ?? LIEW (tiga dari kiri) bersama Malanjum (dua dari kiri) membuat lawatan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
LIEW (tiga dari kiri) bersama Malanjum (dua dari kiri) membuat lawatan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia