Harian Metro

Penagih ditahan simpan senjata berbahaya

-

Kuala Lumpur: Tidak hanya memiliki dadah ketika ditahan malah seorang penagih turut menyimpan koleksi pelbagai senjata berbahaya ketika diberkas pihak berkuasa di rumahnya di Jeram, Kuala Selangor, di sini kelmarin.

Dalam operasi jam 12.30 tengah malam itu, suspek berusia 30-an didapati menyimpan pedang samurai, pisau rambo, pisau belati dan buku lima di kediamanny­a.

Serbuan dijalankan Pasukan Special Tactical Response & Investigat­ion Key Enforcers (STRIKE) Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Putrajaya.

Jurucakap AADK Putrajaya berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas syabu seberat 5.28 gram dan empat pil Eramin 5.

“Semua dadah berkenaan dirampas di rumah lelaki terbabit dan dipercayai untuk kegunaan sendiri.

“Suspek juga dipercayai mengedar dadah secara kecil-kecilan di sekitar Jeram,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut berhubung senjata yang ditemui.

Sementara itu, dalam operasi sama pasukan STRIKE AADK turut menahan seorang wanita yang pernah ditahan AADK tetapi gagal hadir perbicaraa­n mahkamah.

Wanita itu ditahan di sebuah rumah kosong di kawasan Jeram, Kuala Selangor bersama tiga anaknya.

“Ketiga-tiga anaknya diserahkan kepada jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

 ??  ?? ANTARA senjata yang dirampas Pasukan STRIKE Ibu Pejabat AADK Putrajaya di Jeram, kelmarin.
ANTARA senjata yang dirampas Pasukan STRIKE Ibu Pejabat AADK Putrajaya di Jeram, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia