Harian Metro

Resah jalan tiada garisan putih

-

Pengguna Lebuhraya

Pasir Gudang melahirkan rasa bimbang dan kecewa apabila laluan itu dikatakan tidak mempunyai garisan putih sejak beberapa tahun lalu.

Pengguna, Hud Hadzmi MK, 29, berkata, ketiadaan garis putih bermula di persimpang­an lampu isyarat berhampira­n pasar raya Giant Plentong menghala lebuh raya berkenaan hingga Jalan Bandar Seri Alam langsung tidak mempunyai garisan putih.

Katanya, garisan putih antara perkara penting untuk dijadikan penunjuk aras kepada pengguna terutama kepada mereka yang tidak biasa melalui laluan berkenaan.

“Saya perasan bukan tiga atau empat bulan garisan putih tiada, tetapi sudah bertahun. Saya faham Lebuhraya Pasir Gudang masih dalam peringkat pembinaan, tetapi garisan putih ini perlu ada kerana pada waktu malam atau hujan, ia menjadi petunjuk.

“Antara punca kawasan ini selalu kemalangan disebabkan tiada garisan putih,” katanya.

Selain itu, masalah sama turut berlaku di laluan menuju Taman Mount Austin berhampira­n Hospital Sultan Ismail.

Tinjauan mendapati garisan putih di laluan berkenaan juga semakin pudar dan sebahagian­nya langsung tidak berwarna sehingga mendatangk­an masalah terutama ketika waktu puncak apabila laluan tiga lorong menjadi empat lorong.

Malah, sesetengah pengguna jalan raya juga teragak-agak untuk menggunaka­n laluan itu.

 ??  ?? LALUAN di Lebuhraya Pasir Gudang yang tidak mempunyai garisan putih.
LALUAN di Lebuhraya Pasir Gudang yang tidak mempunyai garisan putih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia