Harian Metro

Sorok mayat di kebun durian

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@nstp.com.my

„ Lima lelaki didakwa bunuh remaja sebelum sembunyi jasad

Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang remaja dengan empat daripadany­a berdepan tuduhan tambahan menyembuny­ikan mayat lelaki itu, bulan lalu.

Tertuduh, Sim Chia Jun, 28, Loh Fong Chet, 23, Tan Ing Chen, 36, Jeffrey Anak Sid, 23, dan Tey Yee En, 18, faham akan pertuduhan dihadapi mereka selepas dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, kelima-lima tertuduh dituduh bersama-sama menyebabka­n kematian Gerald Lim Jun Jie, 18, di sebuah apartment dekat Jalan Indah 13/2, Taman Bukit Indah, di sini, antara jam 6 pagi hingga 9 pagi, 29 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir, manakala tertuduh Chia Jun serta Yee En diwakili peguam Tan Kim Kiek dan peguam Malisa Abdul Kadir mewakili Fong Chet.

Semua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan sebutan semula ditetapkan pada 3 September ini.

Di Mahkamah Sesyen pula, Fong Chet, Ing Chen, Jeffrey dan Yee En bersama seorang lagi lelaki, Lee Jun Hao Fienoe, 20, mengaku tidak bersalah menyembuny­ikan mayat mangsa dengan niat untuk mengelakka­n semua tertuduh daripada tindakan undang-undang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kebun durian Bandar Baru Kangkar Pulai, di sini, antara jam 10 pagi hingga 8 malam, tarikh sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Ariffin menawarkan jaminan RM20,000 terhadap semua tertuduh, namun Hakim Jailani Rahman hanya membenarka­n Jun Hao yang diwakili peguam Goh Sze Han diikat jamin dengan RM9,000.

Tertuduh juga perlu melapor diri di Balai Polis Nusa Bestari setiap bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia