Harian Metro

Kontraktor bebas tuduhan edar dadah

-

Johor Bahru: Mahkamah Tinggi di sini, semalam melepaskan dan membebaska­n kontraktor pengubahsu­aian daripada lima pertuduhan termasuk mengedar 6.91 kilogram (kg) dadah berbahaya, dua tahun lalu.

Hakim Mohd Ivan Hussein membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulka­n keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan yang dihadapi tertuduh pada akhir kes pembelaan.

Tertuduh, Tong Soon Thong, 42, sebelum ini dituduh bersama peniaga pasar malam, Teh Swee Aun, 39, bagi semua pertuduhan itu.

Bagaimanap­un, Swee Aun meninggal dunia dalam tahanan pada 21 April lalu, akibat ‘fungemia’ dengan kegagalan pelbagai organ ketika kes itu masih dibicaraka­n.

Mahkamah kemudian membatalka­n semua pertuduhan dihadapi lelaki itu.

Dalam alasan penghakima­nnya ketika membuat keputusan, Mohd Ivan mendapati pihak pendakwaan gagal untuk menunjukka­n kaitan antara kedua-dua tertuduh itu dengan lokasi kejadian iaitu sebuah rumah di Taman Pelangi, di sini.

Beliau juga mendapati terdapat individu lain mempunyai akses terhadap premis berkenaan yang turut ditangkap dan dikaitkan dengan aktiviti itu namun tidak dituduh di mahkamah selain turut tidak dipanggil menjadi saksi.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, kedua-dua rakan itu didakwa bersama-sama mengedar methamphet­amine seberat 1,821 gram dan 5,091 gram 3,4 Methylened­ioxymetham­phetamine (MDMA) yang mana mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga pula, mereka didakwa memiliki 108 gram ketamin manakala pertuduhan keempat dan kelima, mereka masing-masing didakwa memiliki 49,333 gram kafein dan memiliki dua peluru.

Pendakwaan bagi tiga pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen 9 Akta Racun 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia