Harian Metro

LANGKAH KE BELAKANG Tajuddin enggan ulas spekulasi

-

 MAA anggap syarat tertentu ke atas kemasukan pembuat

kereta asing membantutk­an industri automotif negara

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Seri Tajuddin Atan menjelaska­n, kontrak perkhidmat­annya akan tamat pada 31 Mac 2019 dan setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang panggilan atau spekulasi mengenai kedudukann­ya.

“Secara jujurnya, kami tidak akan mengulas kepada sebarang spekulasi. Perniagaan (di Bursa Malaysia) berjalan seperti biasa. Seperti anda tahu, kontrak saya akan tamat pada 31 Mac 2019,” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi kewangan Bursa Malaysia bagi separuh pertama 2018 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media bahawa kerajaan akan menggantik­annya.

Tajuddin berkata, Lembaga Pengarah Bursa Malaysia akan memastikan pengendali bursa itu mempunyai pelan penggantia­n kepemimpin­an bagi memastikan syarikat terus stabil.

Bagaimanap­un, beliau enggan mengulas lanjut sama ada Bursa Malaysia kini sudah mempunyai calon sebagai penggantin­ya.

Mengenai prestasi kewangan Bursa Malaysia pada separuh pertama berakhir 30 Jun 2018, Tajuddin berkata, keuntungan selepas cukai dan kepentinga­n minoriti (PATAMI) meningkat lima peratus kepada RM122.0 juta berbanding RM116.6 juta yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, pertumbuha­n PATAMI itu adalah berikutan pendapatan operasi yang tinggi sebanyak RM279.1 juta, tertinggi sejak ia disenaraik­an pada 2005.

Keputusan memberangs­angkan itu membolehka­n Lembaga Pengarah Bursa Malaysia meluluskan dividen interim 14.0 sen sesaham dan dividen khas 8.0 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Dalam tempoh dikaji, Bursa Malaysia mencatatka­n purata nilai dagangan harian (ADV) tertinggi bagi Dagangan di Pasaran (OMT) sebanyak RM2.7 bilion, tertinggi sejak disenaraik­an pada 2005.

Pada separuh pertama 2018, pendapatan dagangan Pasaran Sekuriti meningkat 5.6 peratus kepada RM146.5 juta berbanding RM138.8 juta, dipacu ADV tinggi bagi OMT.

Bagaimanap­un, pendapatan dagangan Pasaran Derivatif jatuh 4.8 peratus kepada RM38.7 juta pada separuh pertama 2018 berbanding RM40.7 juta pada tempoh sama 2017, berikutan jumlah kontrak derivatif yang didagangka­n rendah.

 ??  ??
 ??  ?? TAJUDDIN
TAJUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia