Harian Metro

Servis 1,000 titik

- Nabil Basaruddin cnews@nstp.com.my

„ McDonald’s perluas khidmat penghantar­an

McDonald’s Malaysia akan memperluas rangkaian perkhidmat­an penghantar­an makanannya, McDelivery kepada 1,000 titik penghantar­an menjelang 2025 bersandark­an kepada perubahan dalam landskap dunia perniagaan.

Sasaran berkenaan mampu melonjakan penguasaan pasaran perkhidmat­an McDelivery dari 10 peratus ketika ini menjadi 30 peratus dalam tempoh yang ditetapkan.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasarann­ya, Melati Abdul Hai berkata, perkembang­an servis McDelivery itu akan dilaksana dan direalisas­ikan menerusi kehadiran 450 cawangan McDonald’s pada 2025 selain kerjasama strategik dengan pengendali pihak ketiga melalui pelaburan keseluruha­n mencecah RM1.4 bilion.

Beliau berkata, pihaknya turut menyasarka­n 310 titik penghantar­an McDelivery tahun ini iaitu peningkata­n hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu.

“Strategi jangka panjang kami juga adalah untuk melengkapk­an sekurang-kurangnya 90 peratus restoran McDonald’s dengan perkhidmat­an McDelivery pada 2025 bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Sebagai sebahagian daripada rancangan perluasan ini, McDonald’s komited untuk mencuba saluran yang belum diterokai bagi mencapai matlamat syarikat seperti menyediaka­n lebih 310 titik penghantar­an pada hujung tahun ini.

“Bagi tempoh antara Januari dan Jun 2018, McDelivery sudah mencatat kadar pertumbuha­n 80 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya pada sesi taklimat McDelivery di sini, semalam.

Selain itu, McDonald’s turut melancarka­n aplikasi mudah alih terbarunya, yang mempunyai pelbagai fungsi selain pesanan makanan seperti promosi, tempahan bagi majlis hari jadi, permohonan pekerjaan, berita dan maklum balas pelanggan.

Dalam pada itu, syarikat makanan segera itu juga menjalin kerjasama strategik dengan jenama perkhidmat­an penghantar­an makanan terkemuka, foodpanda.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Melati berkata, pihaknya dapat memanfaatk­an rangkaian luas yang dimiliki oleh foodpanda bagi mendekati lebih ramai pelanggan.

“Pakatan strategik ini membolehka­n kami menarik lebih banyak pengguna bagi servis ini di samping dapat menghantar ke lokasi baru menerusi rangkaian penghantar­an foodpanda yang luas,” katanya.

 ??  ?? MELATI (tiga dari kiri) pada sesi taklimat McDelivery, semalam.
MELATI (tiga dari kiri) pada sesi taklimat McDelivery, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia