Harian Metro

Sasar kuasai 15% pasaran mesin pengorek

-

Kuala Lumpur: Sime Darby Industrial Sdn Bhd, anak syarikat Sime Darby Bhd, menyasar menguasai 15 peratus pasaran mesin pengorek seberat 20 tan dalam tempoh setahun ini.

Ketika ini segmen mesin pengorek 20 tan menguasai 40 peratus daripada keseluruha­n pasaran mesin pengorek di negara ini.

Pengarah Urusannya, CK Teoh berkata, sasaran itu sebahagian besarnya akan disumbang daripada pengenalan dua model generasi baru mesin pengorek jenama Caterpilla­r yang menampilka­n pelbagai ciri baru dan canggih, iaitu Cat 320 GC serta Cat 320.

Katanya, pihaknya juga menyasarka­n menjual sehingga 150 mesin pengorek Caterpilla­r baru itu menjelang tahun kewangan syarikat berakhir 30 Jun 2019.

“Caterpilla­r sebenarnya memperkena­lkan tiga model namun satu lagi model iaitu Cat 323 kita tidak bawa masuk kerana merasakan dua model ini sudah cukup untuk memenuhi permintaan pasaran dalam Malaysia.

“Kelebihan model baru ini ialah menawarkan penjimatan bahan api sehingga 20 peratus, meningkatk­an kecekapan sehingga 45 peratus dan penguranga­n kos penyelengg­araan sehingga 15 peratus yang mana semua ini sudah tentu dapat membantu meningkatk­an lagi keuntungan syarikat dan kontraktor,” katanya pada taklimat media ibu pejabatnya di sini, semalam.

Sehingga kini, Sime Darby Industrial sudah menerima tujuh unit tempahan jentera berat itu termasuk daripada pelanggann­ya yang terbabit dalam projek MRT.

Mengulas lanjut, Teoh berkata, banyak ciri baru yang pertama kali diperkenal­kan pada jentera berat sedemikian antaranya butang penghidup enjin, ruang operator berhawa dingin, skrin sesentuh, kerusi boleh laras automatik, GPS dan radio.

Beliau berkata, semua kemudahan ini menawarkan tahap keselesaan yang tinggi kepada pengendali mesin sekali gus meningkatk­an produktivi­ti kerja yang akhirnya meningkatk­an keuntungan syarikat.

“Selain itu, dari segi keselamata­n, mesin ini dilengkapi banyak teknologi baharu antranya e-lantai yang membolehka­n pengendali menetapkan tahap kedalaman pengorekan.

“Dengan ini, ia boleh memastikan kerja pengorekan dilakukan dengan selamat tanpa menjejaska­n wayar atau paip yang ditanam di bawah tanah,” katanya.

 ??  ?? TEOH di hadapan mesin pengorek.
TEOH di hadapan mesin pengorek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia