Harian Metro

SUAMI BERAHI NENEK

- Agensi

Seorang wanita yang mengesyaki suaminya curang, sukar untuk percaya apabila mendapati wanita yang menjadi kekasih gelap lelaki 26 tahun itu berusia 72 tahun yang beranak dua dan ada empat cucu.

Kejadian terbongkar apabila wanita berusia 24 tahun dari Birmingham, England, mengupah penyiasat persendiri­an selepas curiga dengan kelakuan suaminya yang dikahwinin­ya setahun lalu.

Penyiasat berkenaan mengekori suaminya hingga ke hotel Premier Inn, kira-kira 96 kilometer (km) dari rumah mereka.

Ejen dari Carter Harris Group Investigat­ion itu kemudian mengumpul bukti kecurangan lelaki itu dan menyerahka­nnya kepada wanita terbabit.

Menurut Daily Mail yang memetik Birmingham Live, penyiasat terbabit menamakan si isteri sebagai Lyndsey.

“Saya tidak mahu mempercaya­inya.”

“Saya salahkan diri sendiri. Saya tidak faham dengan apa yang berlaku ini.

“Apabila melihat rakaman video dan melihat siapa wanita yang menjadi kekasih suami saya, amat terkejut,” kata Lyndsey.

Dia mengupah penyiasat persendiri­an selepas kelakuan suaminya berubah.

“Tiba-tiba dia menjauhkan diri, jarang berada di rumah dan kami kurang berkomunik­asi. “Suami beritahu dia terpaksa pulang lewat dan mengembara jauh atas urusan kerja,” katanya.

Siasatan juga mendapati suaminya sering melayari laman web temu janji dengan wanita lebih berusia.

„ Isteri terkejut pasangan curang dengan wanita berusia 72 tahun

 ??  ?? HOTEL Premier Inn yang sering dikunjungi oleh suami mangsa. - Agensi
HOTEL Premier Inn yang sering dikunjungi oleh suami mangsa. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia