Harian Metro

Nak kahwin sanggup merompak

-

Jakarta: Satu pasangan kekasih gagal mencapai impian berkahwin selepas ditahan polis kerana merompak sebuah koperasi di Tangerang bagi mendapatka­n wang untuk mengadakan majlis perkahwina­n mereka.

Menurut laporan Jakarta Post melaporkan, Tri Wahyudi, 22, dan teman wanitanya, Wiwin Winarsih, 19, melarikan wang hampir 38 juta rupiah (RM10,700) dari Koperasi Simpanan dan Pinjaman Mandiri Perkasa, Tangerang Selatan.

“Pada 25 Julai, koperasi itu melaporkan kehilangan 37.9 juta rupiah akibat rompakan.

“Suspek dikenali sebagai Tri dan Wiwin yang mempunyai hubungan,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tangerang Selatan, Alexander Yurikho.

Menurutnya, Tri adalah bekas pekerja di koperasi terbabit dan suspek mengambil kesempatan untuk merompak memandangk­an dia tahu di mana wang disimpan.

“Salah seorang suspek ialah bekas pekerja koperasi dan mereka mengambil wang dari kabinet besi dalam pejabat yang diumpil dengan pemutar skru,” katanya.

Tribune News melaporkan, bendahari koperasi, Rahmawati Safitri membuat laporan polis kepada Polis Serpong selepas mendapati wang terbabit hilang selain mendapati ada kesan calar pada kabinet itu.

Alexander berkata, polis berjaya menahan kedua-dua suspek pada 27 Julai lalu di Bekasi, Jawa Barat, dan merampas 26.4 juta rupiah (RM6,920) daripada mereka.

Katanya, pasangan itu terpaksa membatalka­n rancangan untuk berkahwin dan didakwa mengikut Artikel 363 Kod Jenayah kerana mencuri yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun. - Agensi

 ??  ?? WANG tunai yang dirampas daripada pasangan kekasih di Tangerang. - Polis Tangerang
WANG tunai yang dirampas daripada pasangan kekasih di Tangerang. - Polis Tangerang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia