Harian Metro

Amsterdam huru-hara waktu malam

-

The Hague: Bandar raya Amsterdam yang menarik jutaan pelancong setahun, kini menjadi lokasi tidak selamat pada sebelah malam dengan polis tidak berdaya menghalang jenayah serta kekacauan.

Menurut ombudsman (pegawai menyelidik rungutan orang ramai) Amsterdam, Arre Zuurmond, pada waktu malam, pusat bandar raya itu bagaikan tiada undang-undang.

Dalam temuramah dengan akhbar Trouw, Zuurmond berkata, pihaknya memasang tiga kamera di dataran Leidseplei­n yang popular dengan bar dan kelab malam.

“Pada satu malam sahaja kami merekodkan 900 kesalahan, biasanya dilakukan pada jam 2 pagi hingga 4 pagi. Suasana agak menyeramka­n, seperti tiada undang-undang.

“Skuter berlumba di laluan pejalan kaki. Orang ramai terjerit-jerit, dadah dibeli secara terbuka, kecurian dan ada pengunjung membuang air kecil, malah air besar di atas jalan.

“Undang-undang dicabuli tetapi tiada tindakan. Anda boleh kencing pada kenderaan polis dan pemandunya tidak akan berkata apa-apa,” jelasnya.

Menurutnya, kesalahan biasa yang dikesan, termasuk meletak kenderaan sesuka hati, lumba haram motosikal dan kereta, penjualan dadah secara terbuka dan kekacauan.

Kira-kira 18 juta pelancong mengunjung­i Amsterdam setahun, melebihi jumlah penduduk Belanda.

Kos pelanconga­n yang murah, pelacuran dan mudah mendapatka­n dadah menjadikan bandar raya itu tarikan golongan muda. AFP

 ??  ?? KERETA yang diterbalik­kan di Amsterdam. - Fail (Reuters)
KERETA yang diterbalik­kan di Amsterdam. - Fail (Reuters)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia