Harian Metro

Halau empat juta?

„ India batal kerakyatan penduduk Assam cetus kebimbanga­n pengusiran beramai-ramai

-

India membatalka­n kerakyatan empat juta penduduk Assam yang mencetuska­n kebimbanga­n kemungkina­n pengusiran beramai-ramai penduduk Islam berbahasa Benggali.

Draf Daftar Kewarganeg­araan Kebangsaan (NRC) yang dipamerkan semalam, hanya mengandung­i penduduk yang berjaya membuktika­n mereka tinggal di Assam sebelum Mac 1971.

Pengkritik menganggap tindakan terbaru kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi bagi memastikan penduduk Hindu kekal majoriti dengan menghalau minoriti.

Kerajaan Modi yang dikuasai parti kebangsaan Hindu menyatakan langkah itu dilakukan bagi membasmi semua pendatang haram, namun sejak kerajaan itu berkuasa, keganasan terhadap penduduk Islam di India meningkat.

Ketua pendaftar India, Shailesh berkata, lebih 30 juta membuat permohonan, namun lebih empat juta orang tidak dimasukkan ke dalam senarai berkenaan.

Menurutnya, mereka boleh membuat rayuan mulai 30 Ogos dan senarai NRC berkenaan akan dimuktamad­kan sebelum Disember depan.

Ratusan ribu penduduk Bangladesh melarikan diri ke India ketika perang kemerdekaa­n Bangladesh daripada Pakistan pada 1971. Kebanyakan­nya menetap di Assam yang berkongsi ratusan kilometer sempadan dengan Bangladesh.

Pemerhati mengkritik langkah itu yang menyamakan­nya dengan tindakan Myanmar menghapusk­an hak serta perlindung­an terhadap penduduk Rohingya di negara itu pada 1982.

Assam, negeri berpendudu­k 33 juta orang yang kaya dengan ladang teh, sering tercetus keganasan kaum dan agama.

Dalam kejadian terburuk pada 1983, kira-kira 2,000 penduduk yang dianggap pendatang, sebahagian besarnya beragama Islam dan ramai daripadany­a adalah kanak-kanak, dibunuh dalam masa sehari di Nellie.

Pertubuhan hak asasi berpangkal­an di Amerika Syarikat, Avaaz, menyatakan tiada badan khas disediakan untuk membantu mereka yang tiada dalam senarai membuat rayuan dan membentang­kan kes masing-masing.

“Penduduk Islam akan menghadapi proses rayuan yang sukar dan tidak adil tanpa hak menggunaka­n peguam. Jika kalah rayuan, bermakna mereka akan dihalau,” kata Pengarah Eksekutif Avaaz, Ricken Patel.

 ??  ?? MAYAT kanak-kanak yang menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai di Nellie, Assam pada 1983 dan kanan, penduduk di luar pusat Daftar Kewarganeg­araan Kebangsaan (NRC) di daerah Morigaon, semalam. - Fail/Reuters
MAYAT kanak-kanak yang menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai di Nellie, Assam pada 1983 dan kanan, penduduk di luar pusat Daftar Kewarganeg­araan Kebangsaan (NRC) di daerah Morigaon, semalam. - Fail/Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia