Harian Metro

Mahu jadi peguam teruskan perjuangan

-

Nabi Saleh (Tebing Barat): Ahed Tamimi yang dibebaskan dari penjara Israel kelmarin, mahu menjadi peguam bagi meneruskan perjuangan menentang penjajahan Zionis di Palestin.

Dalam sidang media di perkampung­annya, Nabi Saleh, kelmarin, remaja perempuan yang menjadi perhatian dunia itu berkata: “Saya akan meneruskan pengajian di universiti bagi membolehka­n saya membantu perjuangan negara dalam semua forum antarabang­sa serta mewakili banduan.

“Penjara mengajar saya banyak perkara, mendorong saya mencari jalan yang betul untuk menyampaik­an mesej negara saya.

“Sudah tentu saya gembira dibebaskan dan kembali bersama keluarga, namun kegembiraa­n itu tidak sepenuhnya kerana masih ramai (penduduk Palestin) berada dalam penjara.”

Reuters melaporkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menggambar­kan Ahed sebagai ‘model pejuang keamanan sejagat’ yang membuktika­n kepada dunia bahawa penduduk Palestin akan mempertaha­nkan tanah air mereka tanpa mempedulik­an apa saja yang perlu dikorbanka­n.

Ahed yang berusia 16 tahun ketika ditahan Disember tahun lalu, menghadapi 12 pertuduhan dan ketika perbicaraa­nnya Mac lalu, menerima tawaran mengaku bersalah membolehka­nnya dihukum penjara lapan bulan, bukannya bertahun-tahun mengikut undang-undang Israel.

Ibunya yang membuat siaran langsung di Facebook kejadian Ahed menampar muka dan menendang kaki tentera Israel di kampungnya, turut dikenakan hukuman penjara lapan bulan.

Kedua-dua mereka dibebaskan tiga minggu lebih awal, tindakan biasa oleh Israel berikutan kesesakan penjara.

AFP melaporkan, pihak berkuasa Israel berusaha meminimumk­an hebahan pembebasan Ahed dan ibunya dengan memberi maklumat mengeliruk­an mengenai masa pembebasan serta laluan pulang mereka menyebabka­n media tidak dapat sampai pada masa yang tepat.

Remaja itu serta ibunya dibawa dari Penjara Sharon ke Tebing Barat kelmarin, namun lokasi serta pintu sempadan yang sepatutnya mereka lalu, ditukar tiga kali.

Ahed enggan menjawab soalan daripada media Israel kerana menurutnya, memberi liputan tidak adil kepada perjuangan­nya dan keluarga. - Agensi

 ??  ?? AHED
AHED

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia