Harian Metro

‘SAYA SAYANG ANDA SEMUA...’ SPRM nafi beku akaun Chong Wei

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pihaknya membekukan akaun jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kerana dikaitkan dengan dana 1 Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi berkata, dakwaan mengatakan pihaknya membekukan akaun Chong Wei adalah tidak benar.

“Ia tidak benar,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menafikan dakwaan itu.

Beliau dipetik berkata, dakwaan itu adalah satu fitnah dan sudah bertemu dengan Chong Wei, Selasa lalu.

“Mana ada. Itu fitnah... ada ke yang cakap? Saya jumpa dia di rumahnya pagi Selasa lalu dan dia memang ada masalah pernafasan,”

“Tak perlu kita melemparka­n

Nanjing, China ketika ini, selain Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia yang bermula 19 hingga 28 Ogos.

“Terima kasih Lin Dan kerana menghadiri aktiviti ini (majlis pelancaran raket Yonex di Nanjing) untuk saya dan semoga anda meraih kejayaan yang baik. Saya akan kembali ke gelanggang untuk bertemu anda secepat mungkin...saya sayang kamu semua,” kata Chong Wei dalam rakaman video itu.

Pemain berusia 36 itu terpaksa menarik diri daripada dua kejohanan utama berkenaan selepas disahkan mengalami masalah pernafasan dan perlu berehat sekurang-kurangnya sebulan, selain tidak boleh melakukan aktiviti fizikal berat.

Bagaimanap­un, Meja Sukan NSTP kelmarin melaporkan Chong Wei dikatakan mengalami masalah kesihatan yang serius sehingga mampu menamatkan kerjayanya sebagai pemain badminton dan ketika ini berada di Taiwan bagi mendapatka­n fitnah kepada atlit. Perbezaan ideologi politik tidak bermakna jasa seseorang atlet (termasuk Chong Wei) dilupakan.

“Ada ke yang cakap (mengenai isu berkenaan)... tak fikir ke? Kasihan kalau orang cakap macam itu... agak-agaklah dan bagaimana keluargany­a tahu (mengenai fitnah itu).

“Dia sakit... ada pula kaitkan dengan 1MDB. Kalau saya tahu, saya akan bagi jawapan, tapi ini bukan (hanya fitnah),” katanya.

Chong Wei baru-baru ini mengesahka­n tidak beraksi pada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia 2018 selepas mengalami masalah pernafasan yang menyaksika­n dia terpaksa berehat selama sebulan.

„ Chong Wei harap segera pulih untuk kembali ke gelanggang

rawatan susulan.

Sementara itu, rakan-rakan seperjuang­an Chong Wei termasuk Lin Dan dan pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen mengirimka­n kata-kata semangat buat pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu agar dia segera pulih dan boleh kembali ke gelanggang.

Juara dunia lima kali, Lin Dan yang dilabel sebagai musuh tradisi kepada Chong Wei sejak sekian lama berkata, dia sangat menghargai hubungan yang terjalin dengan pencabar utamanya itu tidak kira di dalam atau luar gelanggang.

“Sejak dulu sehingga sekarang, daripada bujang sehingga sudah berkahwin serta mempunyai keluarga, saya sangat hargai hubungan dengan Chong Wei. Saya harap Chong Wei segera pulih dan kembali ke gelanggang,” katanya.

Axelsen pula berkata: “Saya berharap Chong Wei akan segera pulih dan semoga semua urusan rawatannya dipermudah­kan.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia