Harian Metro

Serasi tingkat momentum

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

„ Kian Meng- Pei Jing tamat kemelut prestasi dengan menumpaska­n beregu Taiwan

Lebih fokus dan percaya antara satu sama lain membantu gandingan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing untuk bermula dengan langkah kanan di Kejohanan Dunia di Nanjing selepas mereka melepasi pusingan pertama menumpaska­n wakil Taiwan, Liao Min Chun-Chen Hsiao Huan, semalam.

Kian Meng-Pei

Jing yang bergelut dengan prestasi mereka sejak kebelakang­an ini mengambil masa 34 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-15 dan mara ke pusingan kedua di Pusat Sukan Olimpik Nanjing.

Menanti mereka di pusingan kedua hari ini ialah pasangan Thailand, Dechapol Puavaranuk­roh-Sapsiree Taerattana­chai yang mendapat bye di pusingan pertama dan diletakkan sebagai pilihan ke-10.

Berdasarka­n rekod, kedua-dua pasangan terikat

1-1 apabila Kian Meng-Pei Jing menumpaska­n Dechapol-Sapsiree di separuh akhir Terbuka Thailand pada 2016 sebelum mereka tumpas di peringkat yang sama di Terbuka Singapura 2017.

Menurut Pei Jing, tentangan yang diberikan pasangan lawan semalam tidak terlalu mencabar dan mereka pula sudah melakukan persediaan rapi.

“Pemain lawan beraksi dengan tidak terlalu bagus. Kita pula sudah mengubah dari segi minda yang mahu lebih fokus ke arah strategi serta perancanga­n permainan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pei Jing yang berasal dari Kuantan dan berusia 25 tahun, mengakui mereka juga lebih percaya antara satu sama lain dalam perlawanan semalam.

“Walaupun ini bukan antara permainan terbaik kami dan berasa masih jauh untuk ke tahap itu tetapi sekurang-kurangnya kami percaya jika fokus satu demi satu perlawanan kami mampu untuk terus mara. Esok (hari ini) barulah kami berdepan cabaran sebenar.

“Sekurang-kurangnya kemenangan ini meningkatk­an keyakinan kami. Selepas berjaya menyesuaik­an diri dengan keadaan angin dan lampu di gelanggang hari ini,” kata Pei Jing yang sekarang ini menghuni ranking ke-21 dunia.

Dua lagi pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh Soon Huat-Shevon Lai mendapat bye di pusingan pertama.

Peng Soon-Liu Ying akan berdepan Saurabh Sharma-Anoushka Parikh dari India, manakala Soon Huat-Shevon bertemu Jacco Arends-Selena Piek (Belanda) di pusingan kedua hari ini.

Sementara itu, dalam aksi perseorang­an wanita, Soniia Cheah dan Goh Jin Wei tidak berdepan masalah untuk menempah slot ke pusingan kedua.

Soniia berjaya mengalahka­n Gayle Mahulette (Belanda) 21-13, 21-12 dan akan menentang Sayako Sato, manakala Jin Wei pula menumpaska­n wakil Taiwan, Pai Yu Po 21-8, 21-15 untuk menempah pertemuan dengan Aya Ohori dari Jepun hari ini.

 ??  ?? KIAN Meng (kiri) bersama Pei Jing mara ke pusingan kedua Kejohanan Dunia di Nanjing.
KIAN Meng (kiri) bersama Pei Jing mara ke pusingan kedua Kejohanan Dunia di Nanjing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia