Harian Metro

Malaysian Tigers akhiri deretan kekalahan di Australia

- Jugjet Singh jugjet@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Skuad hoki lelaki negara akhirnya berjaya mencalarka­n rekod bersih Australia A, apabila mengikat lawannya itu 2-2 dalam aksi keempat siri persahabat­an di Perth, Australia, semalam.

Bagaimanap­un, keputusan itu hadir selepas Malaysian Tigers terlebih dulu tumpas 3-2, 4-2 dan 3-0 dalam tiga perlawanan terdahulu dan akan beraksi dalam pertemuan terakhir esok.

Skuad kendalian Stephen van Huizen kini berada di Perth sebagai persiapan terakhir ke Sukan Asia, dan setakat ini masih gagal meraih keputusan menggalakk­an ketika sasaran mereka di Jakarta adalah untuk memenangi pingat emas bagi merebut tiket automatik ke Sukan Olimpik 2020.

Dalam aksi semalam, Australia A hanya memerlukan lapan minit untuk berada di depan, namun Faizal Saari menyamakan kedudukan pada minit ke-21 sebelum Razie Rahim meledak gol kedua pada minit ke-52 menerusi percubaan pukulan sudut penalti.

Bagaimanap­un, Australia A memperoleh gol penyamaan ketika permainan berbaki empat minit. Aksi berkenaan hanya menyaksika­n Malaysia mendapat dua pukulan sudut penalti berbanding lima Australia A.

“Perlawanan hari ini berlangsun­g begitu seimbang dan sengit,” kata Van Huizen. “Kami mencipta beberapa peluang berbahaya dan menunjukka­n beberapa pemainan individu yang baik tetapi masih berdepan kelemahan di bahagian penyudah.

“Akhirnya, kami banyak mempersia-siakan peluang sama ada menerusi penyudah yang berkarat, tidak cukup tajam ataupun diselamatk­an penjaga gol.”

Selepas tiga kekalahan dan satu seri, Malaysia pastinya mahu mencari kemenangan pada aksi terakhir esok.

 ??  ?? VAN Huizen (tengah) berbincang strategi dengan anak buahnya.
VAN Huizen (tengah) berbincang strategi dengan anak buahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia