Harian Metro

Layar gemilang

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

„ Acara tumpuan jadi lubuk emas kontinjen negara dengan 10 atlet dihantar ke Sukan Asia

Biarpun hanya menghantar 10 atlet ke Sukan Asia Jakarta Palembang 2018, sukan pelayaran dijangka terus menjadi ‘lubuk’ dan penyumbang pingat emas kepada kontinjen Malaysia di temasya tahun ini.

Walaupun Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) hanya meletakkan sasaran mengulangi pencapaian empat tahun lalu dengan membawa pulang satu emas menerusi Muhammad Fauzi Kaman Shah (acara Laser 4.7 Terbuka), sebenarnya skuad kebangsaan mampu pergi lebih jauh.

Malah, Malaysia dilihat berpotensi merangkul emas menerusi atlet berpengala­man, Khairulniz­am Mohd Afendy yang bakal beraksi dalam acara Laser Standard; Nurshazrin Mohd Latif (Laser Radial Wanita) dan pasangan Noraishah Jamil/ Norashikin Mohamed Sayed 470 Antarabang­sa Wanita.

Enam atlet pelayaran lain yang turut mewakili Malaysia di Sukan Asia 2018 ialah Nor Nabila Natasha Mohd Nazri yang akan turun beraksi dalam acara Laser Wanita 4.7; Ilham Wahab dan Nuur Fatin Solehah Abdul Rahman (RSOne Mix Team); Mohamad Faisal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz (Internatio­nal 470 men).

Bagaimanap­un, peluang mereka meraih emas banyak dipengaruh­i pelbagai faktor pada hari perlumbaan termasuk keadaan cuaca, kelajuan tiupan angin, ketinggian ombak, kesihatan mental dan fizikal atlet sukan pelayaran Malaysia serta sokongan peminat.

Selain itu, atlet Malaysia juga perlu bersaing hebat dengan peserta lain terutama Singapura dan India bagi kelas Laser 4.7; Korea Selatan, Jepun dan China (Laser Standard dan Radial).

Untuk rekod, China dan Jepun juga pencabar utama Malaysia dalam acara Internatio­nal 470 lelaki serta wanita.

Pada temasya di Incheon empat tahun lalu, skuad sukan pelayaran negara meraih satu emas menerusi gandingan Mohamad Faizal dan Ahmad Syukri dalam saingan kelas 420 Lelaki Antarabang­sa.

Bagaimanap­un, malangnya acara 420 Lelaki Antarabang­sa dan Optimis tidak disenaraik­an Indonesia selaku pihak penganjur Sukan Asia Jakarta Palembang 2018.

Oleh itu, Ketua Pegawai Eksekutif MSA, Mazlan Othman, menegaskan pihaknya meletakkan sasaran realistik untuk menang emas seperti dimenangi Malaysia di Incheon, empat tahun lalu.

“Sebenarnya penyumbang utama pingat emas dari sukan pelayaran sebelum ini adalah kategori kelas Internatio­nal 420 dan Optimis, namun sayang kedua-dua acara berkenaan digugurkan oleh Indonesia selaku penganjur Sukan Asia 2018.

“Oleh itu, MSA tidak mahu meletakkan sasaran tidak realistik dan jika kita menang lebih dari satu emas di Sukan Asia 2018, maka ia seperti bonus dan kejayaan besar,” katanya.

 ??  ?? AKSI Fauzi mengendali­kan perahu layar pada Sukan SEA lalu.
AKSI Fauzi mengendali­kan perahu layar pada Sukan SEA lalu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia