Harian Metro

Skuad eSport negara sasar tiga terbaik

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Enam kategori sukan eSport akan dipertandi­ngkan di Sukan Asia 2018 Indonesia tetapi Malaysia hanya mengambil bahagian dalam satu acara iaitu Pro Evolution Soccer (PES) 2018.

Selepas mengharung­i dua pusingan kelayakan yang menjerihka­n, kontinjen negara akan diwakili pemain Muhammad Khairul Abdul Aziz dan Mohamad NorHaikal Mohamad Noh.

Mereka dijangka bukan saja berdepan saingan hebat Iran (Asia Barat), Kazakhstan (Asia Tengah), India (Asia Selatan), Hong Kong dan China (Asia Timur), tetapi juga ancaman daripada tuan rumah yang dianggap pilihan utama, pencipta PES Jepun serta Vietnam.

Sekalipun berdepan cabaran cukup sengit, Setiausaha Agung eSports Malaysia (ESM), Rinie Ramli optimis atletnya mampu menamatkan saingan di kelompok tiga terbaik.

“Sejujurnya, Malaysia bukan pencabar utama bagi perebutan pingat tetapi kami percaya dengan kemampuan pemain kami (Khairul dan Haikal) akan menyasarka­n posisi tiga terbaik.

“Bagi PES, Malaysia bukanlah pasukan pilihan untuk memenangi pingat dengan Indonesia, Vietnam dan Jepun dilabel sebagai pilihan di Sukan Asia,” katanya.

Rinie berkata, kedua-dua atlet berkenaan sudah menjalani latihan intensif dengan keinginan mereka untuk meraih kemenangan akan menjadi penentu kejayaan di Indonesia.

Sementara itu, Rinie berkata, ESM sudah menerima pengiktira­fan sebagai badan sukan kebangsaan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman dan penyandang sebelum ini, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyokong agenda betapa eSport sepatutnya memiliki bangunan e-stadium mereka sendiri.

Di Sukan Asia 2018, beberapa acara dalam eSports akan dipertandi­ngkan termasuk League of Legends, Hearthston­e, PES 2018, Starcraft, Clash Royale dan Arena of Valor tetapi penyertaan mereka adalah sebagai sukan demonstras­i.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia