Harian Metro

Thomas capai impian 11 tahun

-

Paris: Pelumba Britain, Geraint Thomas memenuhi impiannya semasa kecil dengan menjuarai Tour de France (TdF) kelmarin selepas berakhir peringkat ke-21 yang dimenangi jaguh Norway, Alexander Kristoff.

Penunggang pasukan Sky itu menamatkan perlumbaan di Paris hampir dua minit di depan pencabar utamanya dari Belanda, Tom Dumoulin (Sunweb) untuk mengesahka­n jersi kuning.

Rakan sepasukann­ya yang juga penyandang juara Chris Froome berakhir di tangga ketiga dan ketinggala­n 2 minit 24 saat.

“Masih sukar untuk mempercaya­inya, ia menakjubka­n,” kata Thomas yang tampak terlalu letih selepas mengharung­i perlumbaan edisi ke-105 TdF itu.

Kemenangan pelumba berusia 32 tahun dari Wales itu adalah kejuaraan ketiga dimenangi pelumba dari Britain selepas Froome dan Bradley Wiggins serta memberikan pasukan Sky kemenangan keenam daripada tujuh edisi terdahulu.

“Penghormat­an besar buat Froome,” kata Thomas. “Ia mungkin janggal, mungkin juga boleh berlaku ketegangan... dia adalah juara yang hebat dan saya sentiasa menghormat­inya.

“Impian saya adalah untuk sentiasa berlumba (di TdF) dan impian itu hadir 11 tahun lalu. Kini, di sini menjadi pemakai jersi kuning di hadapan anda semua (penonton), ia sesuatu yang... wau!”

Thomas yang dikenali sebagai peminat ragbi mengambil bendera Wales sebelum mendaki podium bagi menyanyika­n lagi kebangsaan British, God Save the Queen.

“Saya mula berkayuh disebabkan perlumbaan ini. Saya masih ingat saya berlari ke rumah dari sekolah untuk menontonny­a,” katanya sambil turut mengucapka­n penghargaa­n kepada isterinya, Sara.

“Sokongan yang saya peroleh... isteri saya. Terima kasih tidak terhingga kepada Sara. Dia sentiasa berada di samping saya ketika susah dan senang.” - AFP

 ??  ?? THOMAS ungguli Tour de France.
THOMAS ungguli Tour de France.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia