Harian Metro

Juventus rindu kelibat Pogba Puas hati patah hidung

- AFP

London: Juara Itali, Juventus merancang sesuatu yang ‘sensasi’ untuk mendapatka­n semula pemain tengahnya yang kini bersama Manchester United, Paul Pogba.

Kelab gergasi Serie A itu difahamkan sudah menghubung­i wakil tonggak Perancis itu, Mino Raiola dan memberitah­unya mereka sedang menilai segala kemungkina­n untuk menandatan­gani semula pemain yang dijual kepada United dua tahun lalu dengan harga £89 juta (RM474.10 juta).

Dipercayai United mungkin akan mendengar tawaran Juventus berikutan hubungan kurang mesra Pogba dengan pengurus, Jose Mourinho yang menyaksika­nnya digugurkan daripada skuad utama musim lalu.

Bekas kapten England, Wayne Rooney meledak gol sulungnya bersama DC United dalam Liga Bolasepak Utama (MLS), tetapi turut mengalami kecederaan patah hidung ketika menang 2-1 ke atas Colorado Rapids, awal pagi semalam.

Rooney, 32, menjaringk­an gol pembukaan dengan menewaskan bekas rakan sepasukan di Manchester United, Tim Howard sebelum mukanya dipenuhi darah apabila bertembung dengan pertahanan Colorado, Axel Sjoberg pada masa kecederaan.

“Gembira untuk menjaringk­an gol pertama saya buat DC United,” tulis Rooney dalam laman Twitter selepas pasukannya meraih kemenangan keempat dalam 18 perlawanan musim ini.

Dua daripada kemenangan itu hadir sejak Rooney membuat penampilan

Berbanding memberi pujian kepada pemainnya itu yang menjulang Piala Dunia bersama Perancis, Mourinho mengambil peluang untuk memberitah­u Pogba dia seharusnya mempamerka­n persembaha­n yang sama dengan United.

“Saya tidak fikir ia mengenai bagaimana kami dapat menghasilk­an persembaha­n terbaik daripadany­a, ia mengenai dirinya memberikan yang terbaik dia perlu berikan,” kata pengurus dari Portugal itu.

Ia pastinya sesuatu yang difahami oleh Pogba yang ketika ini sedang bercuti di Amerika Syarikat dengan pertamanya di MLS pada 14 Julai lalu.

Penjaring terbanyak skuad England itu yang tiba ke DC dari Everton dengan kontrak selama tiga tahun awal bulan ini berkata, dia memerlukan lima jahitan akibat kecederaan yang dialaminya.

Begitupun, kemenangan itu tetap menyaksika­n DC ketinggala­n 11 mata untuk beraksi dalam kancah playoff berbaki 16 perlawanan musim ini.

Selepas gol pembukaan Rooney pada minit ke-33, Colorado menyamakan kedudukan kepulangan semula ke Juventus tampak lebih mengujakan.

Juventus dikatakan bersedia untuk menjana dana dengan menjual tiga tonggak Miralem Pjanic, Gonzalo Higuain serta Daniele Rugani bagi menjadikan­nya satu kenyataan. - Agensi

„ Rooney ledak gol sulung buat DC United

pada minit ke-82 menerusi Kellyn Acosta, tetapi jaringan sendiri Niki Jackson pada minit ke-90 memberi kelegaan kepada mereka.

Jurulatih Ben Olsen menggelar perlawanan itu sebagai kemenangan penting bukan saja bagi pungutan mata, tetapi untuk mengembali­kan keyakinan skuad kendaliann­ya, selain memuji kehadiran Rooney.

“Secara psikologi, ia cukup besar buat kami sebagai satu kumpulan,” kata Olsen. “Saya tidak fikir ini perlawanan pertama dia (Rooney) berdarah

seperti ini.”

 ??  ?? POGBA
POGBA
 ??  ?? ROONEY mengalami kecederaan hidung selepas bertembung dengan Sjoberg.
ROONEY mengalami kecederaan hidung selepas bertembung dengan Sjoberg.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia