Harian Metro

‘Sanchez berhak kecewa’ J

- Agensi

ose Mourinho mempertaha­nkan tindakan Alexis Sanchez

selepas bintangnya itu gagal menyembuny­ikan kekecewaan susulan kekalahan besar Manchester United kepada Liverpool.

United tewas 1-4 kepada seteru Liga Perdana Inggeris itu dalam aksi pramusim Piala Juara Antarabang­sa, kelmarin yang menyaksika­n Red Devils masih belum meraih

(gambar)

sebarang kemenangan pada aksi 90 minit jelajah di Amerika Syarikat.

Sanchez antara pemain senior yang beraksi bersama United dengan deretan pemain bintang kelab itu masih lagi bercuti selepas mengharung­i kempen Piala Dunia di Russia antaranya Paul Pogba, Romelu Lukaku dan Marcus Rashford.

Sambil berharap dua lagi pemain dapat menyertai skuad kendaliann­ya sebelum jendela perpindaha­n berakhir pada 9 Ogos ini, Mourinho berkata, kekecewaan pemain kebangsaan Chile itu selepas dimalukan Liverpool boleh difahami.

“Anda mahu dia gembira dengan pemain yang berada dengannya? Kami tidak bermain di sini untuk meningkatk­an pasukan atau dinamik atau rutin. Kami hanya bermain di sini untuk cuba menyelamat­kan diri dan cuba untuk memperoleh keputusan yang tidak begitu buruk,” kata pengurus dari Portugal itu.

“Alexis satu-satunya penyerang

 Mourinho faham perasaan bintangnya selepas dimalukan Reds

yang kami miliki. Kami tidak mempunyai pemain sayap, kami tidak mempunyai penyerang. Dia satu-satunya yang berada di sini dan kasihanila­h dia, kekecewaan seseorang yang mahukan sesuatu yang lebih.

“Menentang AC Milan dia bermain dengan baik dan dia sudah melakukan yang terbaik di sini.”

Begitupun, pilihan utama Klopp di jentera serangan musim depan tampak cukup berbisa menerusi trio Mohamed Salah, Sadio Mane yang turut menjaringk­an gol menentang United dan Roberto Firmino, sekali gus mencetus persoalan apakah yang diperlukan Sturridge untuk memikat hati pengurus dari Jerman itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia