Harian Metro

Sumareh tunggu lampu hijau FAM

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Penyerang import Pahang, Mohamadou Sumareh menyatakan kesediaann­ya untuk menyarung jersi Malaysia apabila sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pemain kelahiran Gambia itu turut memaklumka­n beliau sudah mendapat kerakyatan Malaysia dan kini dia hanya menunggu masa untuk dipanggil bagi memperkuat­kan skuad Harimau Malaya.

“Itu perkara baik untuk saya dan memandangk­an pihak FAM sudah memberi lampu hijau untuk saya menyertai pasukan negara, saya sudah bersedia.

“Apabila dapat tahu perkara ini saya amat gembira kerana ini peluang terbaik untuk membantu Malaysia, namun saya masih menunggu dan lihat bagaimana keputusan daripada pihak kejurulati­han pasukan negara.

“Saya juga sudah memiliki kad pengenalan warganegar­a jadi segala

(gambar)

keputusan lanjut hanya terserah mereka (skuad kebangsaan), jika ditanya pada saya, saya akan menjawab saya sudah bersedia untuknya,” katanya ketika ditemui di sini.

Terdahulu, FAM memberi kelulusan terhadap pemain import berusia 23 tahun itu bagi menyertai pasukan kebangsaan di bawah pengendali Tan Cheng Hoe.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumka­n berdasarka­n prosedur ditetapkan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), mana-mana pemain yang menetap lebih lima tahun dan memegang pasport antarabang­sa sesebuah negara boleh menyertai pasukan kebangsaan negara terbabit.

Sementara itu, Jurulatih Pahang, Dollah Salleh ketika mengulas mengenainy­a berkata, dia secara peribadi menyokong penuh jika tonggak utamanya itu beraksi bersama pasukan kebangsaan.

“Itu yang kita harapkan dan dia (Sumareh) sendiri sudah tidak sabar menunggu untuk bermain dengan skuad negara.

“Secara peribadi saya menyambut baik serta berharap benda itu berlaku dan saya rasa berkemungk­inan besar berlaku kerana ia dapat membantu memperkuat­kan lagi skuad negara kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia