Harian Metro

Hamidin lega dapat restu PM

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin gembira kerana Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi lampu hijau buat badan induk itu menggunaka­n khidmat pemain naturalisa­si.

Justeru, Hamidin menjelaska­n jawatankua­sa khas yang dipengerus­ikan Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi akan digerakkan untuk memperhalu­si cadangan pengambila­n pemain berkenaan.

“Saya terharu kerana Tun Dr Mahathir sentiasa mengambil berat serta memantau perkembang­an pasukan bola sepak kebangsaan. “Itu menunjukka­n kerajaan memainkan peranan positif dalam memajukan sukan bola sepak tempatan.

“Justeru, mengambil reaksi positif kenyataan Tun Dr Mahathir hari ini (semalam), FAM akan mula menggerakk­an jawatankua­sa khas untuk memperhalu­si hal berkaitan pengambila­n pemain naturalisa­si bagi langkah seterusnya.

“FAM tetap akan berusaha memperkasa­kan program akar umbi seperti disarankan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai program jangka masa panjang.

“Ia bagi melahirkan pemain Harimau Malaya pada masa depan biarpun sedang berusaha ke arah pemain naturalisa­si dalam masa terdekat ini,” kata Hamidin menerusi satu kenyataan, hari ini.

Restu yang diberikan Dr Mahathir kepada FAM itu dilihat bakal menjadi satu lagi titik perubahan bagi mencipta sejarah baru dalam arena bola sepak negara.

Cadangan untuk menggunaka­n khidmat pemain naturalisa­si itu diluahkan Hamidin pada sesi dialog bersama penyokong di ibu negara pada 21 Julai lalu dan mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa pihak.

Pelbagai pihak termasuk Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianath­an tampil menyokong cadangan berkenaan walaupun pada masa sama wujud segelintir individu yang menganggap pengambila­n pemain naturalisa­si sebagai jalan pintas yang tidak wajar diperkenal­kan.

 ?? Hamidin Mohd Amin ?? Saya terharu kerana Tun Dr Mahathir sentiasa mengambil berat serta memantau perkembang­an pasukan bola sepak kebangsaan”
Hamidin Mohd Amin Saya terharu kerana Tun Dr Mahathir sentiasa mengambil berat serta memantau perkembang­an pasukan bola sepak kebangsaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia