Harian Metro

Debaran buru trofi

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kancah Piala Malaysia 2018 menjanjika­n saingan menarik apabila ulangan dua perlawanan akhir dapat disaksikan seawal peringkat kumpulan.

Dua finalis Piala Malaysia tahun lalu – penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) diundi bersama naib juara, Kedah dalam Kumpulan C sekali gus menyaksika­n pertembung­an dua pasukan itu bakal menjadi tumpuan dalam misi merebut dua tempat teratas untuk tiket ke suku akhir.

Dua pasukan lagi, Kelantan yang muncul pasukan terakhir mara ke saingan Piala Malaysia dan juga pasukan Liga Perdana, MIFA melengkapk­an senarai empat pasukan dalam Kumpulan C.

Saingan Kumpulan D pula menyaksika­n pertembung­an dua finalis Piala FA musim ini, Pahang yang diundi bersama juara 33 kali, Selangor dalam kumpulan sama sekali gus menyajikan ‘pertembung­an balas dendam’ selepas The Red Giants tewas 0-2 di tangan Pahang pada aksi final, awal bulan lalu.

Malah, Kumpulan D juga boleh dilihat sebagai kumpulan yang sukar apabila turut disertai pasukan yang berjaya mara ke suku akhir tahun lalu, PKNP FC yang dijangka menjadi ‘pengacau’ buat dua pasukan pilihan itu selain Sabah yang melengkapk­an slot keempat.

Pada majlis undian di Pusat Persembaha­n Seni Damansara (DPAC) semalam, saingan Kumpulan A pula menyaksika­n pertembung­an tiga pasukan negeri dengan naib juara Liga Super, Perak diletakkan sebagai pasukan pilihan diiringi Terengganu, Kuala Lumpur dan pasukan yang melakukan penampilan kali pertama dalam Piala Malaysia, FELCRA FC.

„ Pertembung­an JDT-Kedah ulang aksi final musim lalu

Berbeza dengan Kumpulan A, Kumpulan B pula membabitka­n pertembung­an tiga pasukan bertaraf kelab iaitu juara Liga Perdana, FELDA United ; PKNS FC dan PDRM selain satu pasukan negeri dari Liga Super, Melaka United.

Aksi pertama peringkat kumpulan akan bermula 4 dan 5 Ogos dengan aksi terakhir peringkat kumpulan akan berlangsun­g pada 14, 15 dan 16 Ogos.

Saingan suku akhir pertama dijadual bermula pada 21, 22 dan 23 September sementara suku akhir kedua pada 28, 29 dan 30 September.

Separuh akhir pertama akan berlangsun­g pada 5, 6 dan 7 Ogos manakala separuh akhir kedua pada 19, 20 dan 21 Oktober dengan perlawanan akhir dijadual pada 27 Oktober.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia