Harian Metro

FAM tunggu Azam, Davies hari ini

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kelana Jaya: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi tempoh sehingga hari ini kepada dua pemain Pahang, Nor Azam Abdul Azih dan Matthew Davies untuk melaporkan diri bersama skuad bawah 23 (B-23) tahun negara.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi

menjelaska­n pihaknya akan menganggap dua pemain itu tidak berminat bersama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ke Sukan Asia Jakarta-Palembang bulan depan sekiranya gagal melaporkan diri sebelum pasukan memulakan latihan jam 5 petang ini.

Beliau bagaimanap­un menjelaska­n akan menghubung­i Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk mendapatka­n penjelasan mengenai status Azam dan Matthew sedangkan dua lagi pemain Pahang, Faisal Abdul Halim dan R Kogileswar­an sudah melaporkan diri pada hari pertama kem latihan pusat di Wisma FAM, semalam.

“Hari ini (semalam) kita dapat lihat 25 daripada 28 pemain yang dipanggil jurulatih sudah melaporkan diri dan seorang lagi (Hadi Fayyadh Abdul Razak sudah mengesahka­n akan lapor diri esok (hari ini). Maknanya

(gambar)

hanya dua pemain lagi tidak hadir.

“Kalau ada surat atau sudah dimaklumka­n secara rasmi kita boleh katakan mereka tak akan datang (ke kem ltihan pusat), tapi setakat ini tiada surat rasmi dan kita anggap mereka gagal melaporkan diri pada hari pertama latihan.

“Kita menyusun pemain ini untuk aksi persahabat­an di China (5 Ogos ini), jadi kita kena siapkan proses dokumentas­i untuk ke sana selewat-lewatnya pada Khamis atau Jumaat ini,” katanya kepada pemberita ketika sesi latihan di Wisma FAM, semalam.

Biarpun ketiadaan Azam dan Davies, kehadiran hampir keseluruha­n pemain yang dipanggil jelas melegakan Kim Swee selepas timbul spekulasi sebelum ini yang mengatakan beberapa pasukan enggan melepaskan pemain mereka kerana Sukan Asia bertembung dengan aksi Piala Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia