Harian Metro

Red Giants hilang tiga tonggak

-

Kuala Lumpur: Selangor akan mengharung­i kempen awal Piala Malaysia tanpa tiga tonggak penting termasuk dua pemain import, Ilham Udin Armaiyn dan Evan Dimas serta Syahmi Safari yang akan menyertai temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang, bulan depan.

Jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir menjelaska­n beliau terpaksa melakukan penilaian terbaik untuk memilih pemain yang boleh mengisi kekosongan ditinggalk­an tiga tonggak itu.

Nazliazmi bagaimanap­un menjelaska­n beliau mungkin tidak melakukan banyak perubahan dalam taktikal Red Giants bagi mengharung­i kempen Piala Malaysia yang lebih mencabar.

“Aksi berdepan Terengganu malam ini (kelmarin) saya gunakan barisan pemain yang sama ketika kami tewas kepada Melaka United dan menang ke atas PKNP FC sebelum ini. Malah, kemungkina­n besar barisan pemain yang sama saya akan gunakan untuk kempen Piala Malaysia nanti.

“Cuma kami tidak dapat gunakan khidmat Syahmi, Ilham dan Ivan kerana mereka akan bersama skuad kebangsaan masing-masing bagi persiapan ke Sukan Asia.

“Harap pemain yang diberi peluang mengisi kekosongan posisi tiga pemain itu dapat mempamerka­n permainan cemerlang,” katanya pada sidang media selepas aksi Liga Super berdepan Terengganu di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, kelmarin.

Syahmi akan bersama skuad bawah 23 (B-23) negara sementara Ivan dan Ilham akan menyertai skuad B-23 Indonesia untuk menghadapi Sukan Asia dengan acara bola sepak akan bermula pada 10 Ogos hingga 1 September ini.

Kemenangan 2-0 ke atas Terengganu menyaksika­n Selangor menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga kelapan selepas mengutip 27 mata.

Selain itu, Nazliazmi menganggap kejayaan anak buahnya menutup kempen Liga Super musim ini dengan kemenangan menjadi motivasi terbaik untuk mengharung­i kempen Piala Malaysia bermula bulan depan.

“Kami menutup kempen liga dengan keputusan baik walaupun kami berada di tangga kelapan.

“Secara peribadi, dengan keseluruha­n permainan yang kami lalui musim ini, ia memberi pengalaman yang cukup berguna terutama kepada pemain muda,” katanya.

 ??  ?? SYAHMI (kiri) dan Evan tonggak utama Nazliazmi.
SYAHMI (kiri) dan Evan tonggak utama Nazliazmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia