Harian Metro

S JERITAN PAGI

- Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

uasana tenang pagi semalam hampir bertukar tragedi buat Ricardo Yap dan isterinya apabila kereta mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, di sini.

Ricardo, 50, berkata, mereka bernasib baik kerana pokok jelutong sebesar kira-kira dua pemeluk dengan ketinggian kira-kira 30 meter itu tersangkut pada kabel elektrik sebelum dahannya menghempap kereta mereka.

Katanya, isterinya yang memandu kereta berkenaan pada kejadian kira-kira jam 7 pagi itu.

“Kami hanya mampu menjerit apabila pokok itu tiba-tiba tumbang dan

Suami isteri terkejut jelutong dua pemeluk tumbang depan kereta

kebetulan menghala ke arah kami.

“Isteri saya cuba mengelak namun sebatang dahan terkena bahagian depan kereta,” katanya.

Ricardo berkata, ketika kejadian cuaca baik dan tidak berangin.

Menurutnya, sebuah van di laluan bertentang­an turut rosak dihempap pokok berkenaan manakala pemandu serta penumpangn­ya juga terselamat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.15 pagi.

“Seramai 14 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan BBP Padungan dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, kami dapati pokok itu tumbang dan melintangi jalan menyebabka­n kesesakan lalu lintas.

“Dua kenderaan rosak namun tiada mangsa yang cedera,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Pokok jelutong dengan ketinggian
30 meter itu tersangkut pada
kabel elektrik
Pokok jelutong dengan ketinggian 30 meter itu tersangkut pada kabel elektrik
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia