Harian Metro

Tiada masalah ‘perintah berkurung’

-

Kota Kinabalu: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tiada masalah sekiranya istilah ‘perintah berkurung’ yang kini dilaksanak­an di pantai timur Sabah, diubah kepada kawalan keselamata­n.

Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazaili berkata, ESSCOM bersetuju jika nama itu diubah kerana ia tidak mengubah tanggungja­wab untuk menjaga keselamata­n di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

“Kita tetap menjalanka­n tugas menjaga keselamata­n di kawasan yang terbabit. Perubahan nama tidak akan mengubah tanggungja­wab kita untuk menjaga keselamata­n di kawasan berkenaan.

“Bagaimanap­un, semua (mengubah nama) kena ikut prosedur atau peraturan yang ditetapkan,” katanya dihubungi NSTP, di sini, semalam.

Baru-baru ini, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Assafal P Alian mencadangk­an agar perintah berkurung diubah kepada nama lain seperti kawalan keselamata­n.

Assafal berkata, perubahan nama itu dilihat sesuai untuk mengubah persepsi pelancong mengenai tahap keselamata­n di pantai timur Sabah, terutama dari luar negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku itu dilaporkan berkata, perubahan nama perlu dipertimba­ngkan untuk tidak mempengaru­hi persepsi pelancong, sekali gus menghalang mereka daripada melawat kawasan ini.

Perintah berkurung di perairan ESSZONE mula diperkenal­kan pada 19 Julai 2014 membabitka­n jarak tiga batu nautika dari pantai di daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Beluran dan Sandakan.

Perintah berkurung itu kini memasuki fasa ke-94 sehingga 14 Ogos ini.

 ?? Hazani Ghazaili ?? Kita tetap menjalanka­n tugas menjaga keselamata­n di kawasan yang terbabit. Perubahan nama tidak akan mengubah tanggungja­wab kita untuk menjaga keselamata­n di kawasan berkenaan”
Hazani Ghazaili Kita tetap menjalanka­n tugas menjaga keselamata­n di kawasan yang terbabit. Perubahan nama tidak akan mengubah tanggungja­wab kita untuk menjaga keselamata­n di kawasan berkenaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia