Harian Metro

Sudah kutip 20 tan

- Fardy Bungga cnews@nstp.com.my

„ Pengusaha pusat peranginan pasang jaring perangkap sampah

Bukan setakat sisa domestik biasa malah peti sejuk serta televisyen adalah antara timbunan sampah-sarap yang hanyut dari tanah besar di Kota Kinabalu ke pusat peranginan di kawasan pulau sekitar perairan daerah ini.

Berikutan itu, ada pengusaha pusat peranginan memasang jaring perangkap dan mengutip sampah setiap hari bagi memastikan pantai sentiasa terjaga dan bersih.

Inisiatif itu dilakukan pusat peranginan Mari-Mari Pulau Sepanggar, di sini, bertujuan mengelak imej kawasan pelanconga­n diusahakan mereka terjejas, terutama dalam kalangan pelancong asing.

Difahamkan, pekerja pusat peranginan itu menghantar lebih 150 karung sampah ke tanah besar antara tiga hingga empat hari sekali untuk dilupuskan dengan kebanyakan sampah didakwa datang dari kawasan perkampung­an atas air dan bandar.

Tinjauan mendapati, kebanyakan sampah-sarap yang dikutip daripada perangkap jaring yang dipasang ialah beg plastik, botol minuman, lampin pakai buang serta sisa domestik lain.

Pengurus Mari-Mari Pulau Sepanggar Jesika Maiba, 27, berkata, setiap hari, seawal jam 6.30 pagi, beberapa pekerja ditugaskan mengutip sampah yang terperangk­ap di jaring bagi memastikan ia dikutip dan dibersihka­n sebelum ketibaan rombongan pelancong sekitar jam 10 pagi.

“Kami mengutip sampah setiap hari. Sekiranya tidak dilakukan, sampah-sarap akan ‘mencacatka­n’ pemandanga­n pulau ini dan memberi imej buruk kepada pusat peranginan kami.

“Jika cuaca kurang berangin dan ombak perlahan, tidak banyak sampah hanyut ke sini, tetapi apabila air pasang, jaring yang dipasang memerangka­p begitu banyak sampah,” katanya kepada NSTP.

Jesika berkata, pelbagai jenis sampah dapat dikutip dari perairan pulau itu malah mereka pernah menemui televisyen dan peti sejuk hanyut berhampira­n pusat peranginan mereka.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya berharap pihak berkaitan dapat mencari langkah terbaik bagi membantu menyelesai­kan masalah sampah.

“Kerajaan juga perlu mengetatka­n undang-undang untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya tidak membuang sampah merata-rata, terutama yang tinggal di kawasan tepi pantai.

“Setiap hari kami terpaksa membersihk­an sampah-sarap dari luar, saya percaya sepanjang tahun ini kami mungkin sudah mengutip lebih 20 tan sampah,” katanya.

 ??  ?? Pusat peranginan Mari-Mari Pulau Sepanggar mengambil inisiatif memasang jaring perangkap sampah bagi memastikan
pantai sentiasa terjaga dan bersih.
Pusat peranginan Mari-Mari Pulau Sepanggar mengambil inisiatif memasang jaring perangkap sampah bagi memastikan pantai sentiasa terjaga dan bersih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia