Harian Metro

Susah nak lalu

- Kandau Sidi kandau@nstp.com.my

„ Jalan balak ke Bario hanya boleh dilalui pacuan empat roda diubah suai

Keadaan jalan berdebu selain dipenuhi lubang hingga menyukarka­n pergerakan penduduk. Malah ketika hujan, laluan balak ke Bario itu menjadi becak dan berbahaya untuk dilalui.

Penduduk Bario, Jirip Midai, 56, berkata, hanya pacuan empat roda yang diubah suai untuk laluan lasak boleh digunakan untuk sampai ke Bario ketika ini.

Menurutnya, jalan balak menuju ke Bario perlu dinaik taraf sebagai usaha merancakka­n lagi sektor pelanconga­n di kawasan tanah tinggi di utara Sarawak itu.

“Langkah itu perlu berikutan keadaan jalan tanah merah di sepanjang laluan itu mengalami kerosakan serius dengan banyak lubang dalam, becak dan licin ketika hujan serta berdebu ketika cuaca panas.

“Banyak laluan di sepanjang jalan menuju ke lokasi pelanconga­n itu mengalami kerosakan serius dan sukar dilalui,” katanya semalam.

Beliau berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) di Miri meminta syarikat pembalakan yang beroperasi di kawasan itu membantu membaiki jalan tanah merah yang rosak.

Katanya, lubang besar yang terdapat di sepanjang laluan itu perlu ditutup untuk mengelak kemalangan.

“Sekarang waktu sesuai membaiki kerosakan jalan di kawasan berkenaan kerana cuaca panas dan kering.

“Jika musim hujan, kawasan itu becak dan berlumpur sehingga menyukarka­n kerja membaikiny­a,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala berkata, masalah itu diberi perhatian segera.

“Saya dapatkan pengesahan daripada JKR Miri dan Pegawai Daerah Bario untuk meneliti kerja menaik taraf jalan itu.

“Memang matlamat saya memastikan laluan ke Bario sentiasa dalam keadaan baik untuk merancakka­n lagi sektor pelanconga­n di situ,” katanya.

 ??  ?? JALAN menuju ke Bario yang berdebu ketika musim panas, dan becak apabila hujan. Sekarang waktu sesuai membaiki kerosakan jalan di kawasan berkenaan kerana cuaca panas dan kering”
JALAN menuju ke Bario yang berdebu ketika musim panas, dan becak apabila hujan. Sekarang waktu sesuai membaiki kerosakan jalan di kawasan berkenaan kerana cuaca panas dan kering”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia