Harian Metro

Pembaharua­n sistem pendidikan

-

Satu pembaharua­n diperlukan dalam pelaksanaa­n dasar serta pengurusan pendidikan negara bagi mewujudkan kerjasama mapan antara sektor awam dan swasta.

Penasihat Khas Menteri Pendidikan, Wan Saiful

Wan Jan berkata, pembaharua­n itu diyakini dapat memenuhi keperluan pihak swasta dalam membantu memastikan agenda pendidikan kebangsaan diperkukuh­kan.

Katanya, menerusi peluang diberi kerajaan, beliau yakin pihak swasta boleh membabitka­n diri secara aktif dalam penyampaia­n pendidikan di seluruh negara.

“Era baru ini perlu menjadi zaman yang benar-benar membolehka­n semua pihak yang berkemampu­an bersama menjalanka­n usaha mendidik anak bangsa kita.

“Sehubungan itu, saya berharap lebih banyak syarikat swasta yang menyahut saranan kerajaan untuk turut terbabit dalam penghasila­n impak berganda pembanguna­n pendidikan di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Persidanga­n Program Sekolah Amanah, di sini, kelmarin.

Persidanga­n dengan tema Transforma­si melangkaui sempadan yang disertai 300 peserta dari seluruh negara turut dihadiri Pengerusi Yayasan AMIR, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

Wan Saiful berkata, kunci utama kepada kelangsung­an kerjasama awam dan swasta yang mapan ialah kesediaan kedua-dua pihak bersikap responsif kepada perubahan dan pembaharua­n dilaksanak­an.

“Kerjasama berterusan perlu kita amalkan untuk memastikan misi kita melonjakka­n pendidikan anak bangsa tercapai,” katanya.

 ??  ?? WAN Saiful (kanan) melawat tapak perasmian ketika Majlis Perasmian Persidanga­n Sekolah Amanah 2018 di Kuching, semalam.
WAN Saiful (kanan) melawat tapak perasmian ketika Majlis Perasmian Persidanga­n Sekolah Amanah 2018 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia