Harian Metro

Operasi banteras perjudian

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

Penubuhan bilik operasi khas membantera­s aktiviti perjudian antara langkah proaktif yang dilaksanak­an polis bagi memudahkan masyarakat menyalurka­n maklumat mengenai aktiviti itu.

Hasilnya, polis Sarawak menjalanka­n 67 operasi dan serbuan di beberapa daerah bermula 23 Julai hingga semalam selain menahan 99 individu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, individu ditahan masing-masing 73 lelaki dan 26 wanita berusia 16 hingga 63 tahun.

Menurutnya, serbuan dijalankan di Kuching, Padawan, Sibu, Miri, Bintulu, Kota Samarahan, Bau, Limbang, Maradong, Serian, Sarikei, Kapit, Saratok, Sri Aman, Lawas, Matu Daro, Lundu dan juga Song.

“Kami merampas wang tunai RM16,599, 22 telefon bimbit dan kertas pertaruhan.

“Semua suspek terbabit dalam aktiviti perjudian atas talian, loteri haram, berjudi di tempat awam dan rumah judi serta sabung ayam,” katanya semalam.

Kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1963.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan perjudian haram boleh menghubung­i talian 082-274213.

“Sepanjang

penubuhan bilik operasi itu, kami menerima 25 maklumat aktiviti perjudian di seluruh Sarawak dan 23 daripadany­a diserbu manakala dua lagi masih dalam siasatan untuk pengesahan lanjut,” katanya

„ Polis serbu 18 daerah, rampas wang tunai RM16,599

 ??  ?? ANGGOTA polis menjalanka­n operasi dan serbuan aktiviti perjudian di Sarawak.
ANGGOTA polis menjalanka­n operasi dan serbuan aktiviti perjudian di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia