Harian Metro

MH370 TERUS MISTERI

Kehilangan pesawat MH370 belum ada petunjuk baharu. Malah status operasi pencarian pesawat itu pada masa depan masih samar. Kebanyakan waris mangsa kecewa walaupun Pasukan Penyiasat Keselamata­n Annex 13 ICAO Malaysia sudah mengeluark­an laporan setebal 1,5

-

Waris mangsa kecewa kerana tiada penemuan baharu Laporan bukan muktamad selagi bangkai pesawat dan mangsa belum ditemui Kerajaan komited usaha mencari pesawat diteruskan

Kakak lega nama Kapten Zaharie dibersihka­n

Tiada sebab sebenar tentukan kehilangan MH370 Tidak tolak kemungkina­n campur tangan ‘pihak ketiga’

Putrajaya

„ Waris terkilan laporan siasatan keselamata­n pesawat MH370

gagal bongkar misteri

Keluarga Kapten Zaharie Ahmad Shah menarik nafas lega apabila Laporan Siasatan Keselamata­n bagi penerbanga­n MH370

Malaysia Airlines yang dikeluarka­n menunjukka­n ‘tiada perkara negatif’ tentang juruterban­g pesawat yang kemudianny­a dilaporkan hilang itu, lebih empat tahun lalu.

Kakak beliau, Sakinab Ahmad Shah berkata beliau berasa lega dan gembira kerana nama adik lelakinya itu dibersihka­n daripada segala tuduhan.

“Saya sangat gembira sebab namanya sudah dibersihka­n, bagaimanap­un sebagai penyudah, kami mahu pesawat itu ataupun bangkainya dijumpai,” katanya kepada media selepas mengikuti taklimat tentang laporan itu oleh Pasukan Penyiasat Keselamata­n Annex 13 Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO) Malaysia bagi MH370 di sini semalam.

Beliau berkata laporan itu membuktika­n tiada perkara yang negatif berkaitan karakter, ciri-ciri tugas, rekod profesiona­l dan keadaan keluargany­a sebelum Zaharie menerbangk­an pesawat berkenaan.

MH370 hilang daripada paparan radar pada 8 Mac 2014 semasa dalam penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pesawat 777-200ER itu membawa 12 kru dan 227 penumpang, sebahagian besar daripadany­a adalah warganegar­a China.

Sementara itu, Grace Nathan, anak perempuan Anne Daisy, seorang daripada penumpang MH370, menggesa pihak berkuasa untuk meneruskan pencarian pesawat MH370.

Beliau berkata kerajaan perlu mempertimb­angkan sebarang tawaran daripada mana-mana syarikat yang bersedia untuk mengadakan pencarian pesawat berkenaan atas dasar ‘tiada penemuan tiada bayaran’.

“Matlamat utama kami adalah supaya pencarian MH370 diteruskan bagi mengelak insiden seperti ini berulang di masa depan. Kita mesti ingat bahawa berjuta-juta orang menaiki penerbanga­n setiap hari. Soal keselamata­n tidak boleh dipandang remeh,” katanya.

Sementara itu, seorang anggota keluarga kru MH370 yang hanya mahu dikenali sebagai Fong berkata beliau tidak puas hati, kecewa dan marah dengan taklimat hari ini disebabkan, menurutnya, taklimat itu hanya untuk memberitah­u waris sesuatu yang “mereka sudah tahu.”

“Pasukan ini tidak dapat menentukan punca sebenar kehilangan MH370. Apa yang kami mahu tahu adalah sama ada kerajaan akan meneruskan pencarian… kami diberitahu yang kami perlu menunggu keputusan daripada kementeria­n,” katanya.

Sementara itu, Intan Maizura Othman, isteri pramugara MH370 Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, berkata beliau berasa amat terkejut dan marah oleh kerana pasukan penyiasata­n gagal menjawab soalan daripada waris semasa taklimat itu berlangsun­g.

“Sungguh mengecewak­an apabila tiada siapa pun dalam taklimat itu yang dapat menjawab soalan kami. Kami berharap ada orang yang boleh jumpa kami dan beritahu kami apa yang berlaku kepada MH370,” katanya.-BERNAMA

 ??  ??
 ??  ?? AHLI keluarga mangsa MH370 ketika berucap kepada wartawan di Putrajaya.
AHLI keluarga mangsa MH370 ketika berucap kepada wartawan di Putrajaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia