Harian Metro

SYAFIQ KENA TIPU RM40 RIBU

Pelakon mangsa sindiket penipuan wang haram menerusi telefon

- Ramlah Zainal cnews@nstp.com.my

“Saya sudah terkena dan berharap orang ramai terutama peminat lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon mencurigak­an,” kata pelakon popular Syafiq Kyle ketika diminta mengulas dakwaan dirinya menjadi mangsa sindiket penipuan wang haram menerusi telefon, Sabtu lalu.

Menurut pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 26, itu, dia rugi hampir RM40,000 dalam kejadian terbabit.

“Semuanya berlaku sangat pantas dan modus operandi yang dilakukan sindiket terbabit sangat meyakinkan.

“Mereka menyamar sebagai pihak bank dan pihak berkuasa meminta saya memasukkan wang ke akaun diberikan kononnya saya pernah melakukan kesalahan.

“Saya terus memasukkan wang seperti diminta tanpa menyedari diri sebenarnya sudah menjadi mangsa penipuan pihak berkenaan,” katanya kepada Harian Metro.

Pelakon drama bersiri Nur itu menegaskan pendedahan itu bukan untuk meraih simpati orang ramai.

“Ia kali pertama saya ditipu pihak tidak bertanggun­gjawab sepanjang bergelar artis.

“Apapun, saya reda dengan apa yang berlaku kerana mungkin bukan rezeki saya,” katanya.

Syafiq berkata, dia juga sudah membuat laporan di Balai Polis Tun Abdul Razak di sini, Sabtu lalu.

“Pihak berkuasa memaklumka­n kes ini semakin berleluasa dan membabitka­n kerugian ratusan ribu ringgit.

“Sebagai selebriti, saya berasa terpanggil mendedakan perkara ini bagi menyuntik kesedaran kepada orang ramai supaya tidak menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit,” katanya.

Semuanya berlaku pantas

dan modus operandi sindiket

sangat meyakinkan

Syafiq Kyle

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia