Harian Metro

Nasi berlauk racun

„ Isteri mangsa along niat bunuh diri bersama keluarga selepas tidak tahan dihimpit hutang

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

“Jika tidak dapat bayar hutang itu, malam nanti saya masak, kita sekeluarga makan sama-sama dan esok pagi kita semua sudah tiada (meninggal). Tidak perlu fikir pasal along (ceti haram) lagi.”

Itu kata-kata M Santhi, 50, isteri S Mohan, 53, yang sudah putus asa dan berniat mahu membunuh diri selepas mereka sekeluarga dibelenggu hutang along mencecah RM500,000.

Mohan berkata, dia kini tiada apa-apa selain bergantung harap kepada gaji bulanan sebagai penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan untuk menyelesai­kan pinjaman yang perlu dibayar pada kadar RM400 hingga 1,600 sehari.

Menceritak­an kembali bagaimana dia boleh terjebak dengan along, mangsa berkata, kejadian bermula apabila anak saudaranya mahu meminjam sejumlah wang bagi memulakan perniagaan dan dia bersetuju menyerahka­n wang simpanan RM30,000 serta barang kemas milik isteri dianggarka­n bernilai RM40,000.

“Bagaimanap­un, masalah timbul apabila anak saudara gagal membayar wang dipinjam sedangkan saya memerlukan wang untuk membuat modal pusingan kedai runcit yang dibuka pada 2013.

“Disebabkan terdesak mahu modal pusingan, saya membuat pinjaman dengan along. Namun mereka mengenakan bunga tinggi menyebabka­n saya makin tersepit dan dalam masa sama perniagaan mulai merosot,” katanya ketika ditemui di pejabat Persatuan Penyelesai­an Pengguna dan Peminjam Malaysia 4PM di sini, semalam.

Menurut Mohan, dia membuat pinjaman dengan beberapa along dan sehingga kini dia melangsaik­an sebahagian hutang dengan ceti haram itu.

Namun, pinjaman masih berbaki RM500,000 termasuk bunga dengan 14 along berlainan.

“Saya buat kerja sambilan pada waktu malam sejak lapan bulan lalu untuk menyelesai­kan hutang along kerana mereka mengenakan bunga tinggi selain denda sekiranya gagal melunaskan bayaran harian.

“Mereka juga memaki hamun saya dan mengugut mencederak­an serta membunuh saya dan ahli keluarga. Dua anak saya tidak dapat meneruskan pengajian di kolej kerana saya tidak mampu bayar yuran, malah kedai runcit juga ditutup kerana sewa bulanan tertunggga­k.

“Isteri saya berputus asa dan pernah menyampaik­an hasrat mahu membunuh diri bersama ahli keluarga lain dengan meletak racun dalam masakan supaya kami tidak terus dihimpit masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden 4PM Rosland Mohd Arid berkata, pihaknya sedia berjumpa dengan semua along berkenaan dan meminta kumpulan itu menetapkan jumlah yang perlu dilangsaik­an Mohan tanpa mengenakan bunga atau denda.

“Dalam masa sama, kami mahu menubuhkan tabung membantu Mohan kerana ia membabitka­n hidup mati keluarga ini. Orang ramai atau organisasi yang mahu menderma boleh menyalurka­n bantuan ke akaun bank Public Bank atas nama Mohan a/l Subramania­m 6-4353890-17 yang dipantau pihak kami,” katanya.

Mereka maki hamun saya dan ugut cederakan serta bunuh saya dan ahli keluarga

Mohan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia