Harian Metro

Mengaku je lah!

SOSEH-SOSEH

-

ini, seorang teman bengang dengan sikap segelintir pasangan selebriti yang main tarik tali mengenai hubungan cinta mereka.

Setiap kali ditanya, jawapan klise yang diberikan adalah hanya sahabat baik atau teman tapi mesra.

Hakikatnya, fahamfaham sendiri kerana tindakan main tarik tali itu lebih kepada mahu menyelamat­kan karier.

SS berpendapa­t memang hak selebriti sama ada mahu mengaku atau tidak, tetapi janganlah terlalu ditonjolka­n sangat kalau mahu berahsia.

Pandai makan, pandai simpan, tetapi ramai yang berkepit ke hulu ke hilir berdua, apabila ditanya pantas jawab hanya rakan.

SS sekadar menegur secara umum kerana peminat masa kini pun bijak untuk meneka sejauh mana hubungan mesra itu terjalin.

Ini termasuk seorang selebriti wanita yang kian menempa nama dikatakan mesra dengan pasanganny­a dalam satu acara.

Ramai sudah tahu dia dan pasanganny­a bercinta, tetapi apabila ditanya mengenai perkara itu cepat pula menafikan.

Suka hatilah nak mengaku atau tidak, SS pun tak kuasa nak ambil tahu. Cuma, pesan SS kalau tak mahu orang lain tahu janganlah ketara sangat menonjolka­n kemesraan yang membuak-buak itu.

SS yakin sampai masa pasti pasangan selebriti itu akan buat pengakuan.

Hanya tunggu dan lihat kerana mana tahu yang dikirimkan nanti adalah kad undangan majlis pertunanga­n atau perkahwina­n.

SS: Sudah penat bertekatek­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia