Harian Metro

Kudrat tua sebatang kara

- Noorazura Abdul Rahman news@nstp.com.my

Kehidupan sebatang kara menyebabka­n seorang warga emas terpaksa keluar mencari rezeki dengan menoreh getah setiap hari demi mencari sesuap nasi.

Setiap pagi, Siti Romlah Salleh, 71, keluar menoreh seawal jam 7 pagi biarpun hanya meraih pendapatan kira-kira RM150 sebulan berikutan harga komoditi itu yang makin menurun.

Lebih menyedihka­n, rumah usang tempat tinggalnya sudah dimakan anai-anai selain tiada bekalan air.

“Dengan wang itulah saya gunakan untuk membeli keperluan seperti beras, gula, minyak masak dan lauk.

“Sejak lima bulan lalu saya hanya tinggal di rumah ini di waktu siang manakala di sebelah malam saya menumpang tidur di rumah sepupu kerana bimbang kediaman dimasuki ular,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Tambak, Mukim Air Puteh di sini, semalam.

Siti Romlah berkata, dia sangat berharap dapat tinggal di rumah yang lebih selesa selepas berpindah dari Kampung Tekai, Padang Terap berikutan kematian suaminya empat tahun lalu.

Sementara itu, kedaifan hidup Siti Romlah mendapat perhatian Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang membantu mempermuda­hkan proses memohon rumah baru untuknya.

Pegawai Zakat Daerah Pendang Mohd Nasri Abdul Ghani berkata, sebuah rumah baharu yang mempunyai kelengkapa­n bilik tidur dan bilik air akan dibina dalam masa terdekat membabitka­n peruntukan RM25,000.

“Rumah ini akan dibina di tanah milik Siti Romlah berikutan rumah yang didiami

HARIAN

METRO sekarang adalah tanah milik adiknya,” katanya.

Selain bantuan rumah, Siti Romlah turut menerima Bantuan Orang Tua (BOT) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan sejak Oktober 2017.

„ Wanita warga emas hidup dengan menoreh getah

 ??  ?? SITI Romlah bergantung hidup dengan air perigi kerana tidak mempunyai bekalan air bersih
di rumahnya.
SITI Romlah bergantung hidup dengan air perigi kerana tidak mempunyai bekalan air bersih di rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia