Harian Metro

Jamal dibenar ikat jamin RM20,000

-

Shah Alam: Selepas hampir sebulan meringkuk di Penjara Sungai Buloh, Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dibenarkan ikat jamin RM20,000 dengan tiga penjamin oleh Mahkamah Tinggi, semalam.

Hakim Datuk Yazid Mustafa membuat keputusan itu membenarka­n permohonan Jamal yang diwakili peguam Tan Sri Shafee Abdullah.

Jamal, 48, berdepan tiga pertuduhan iaitu melarikan diri daripada tahanan dan dua tuduhan kerana menceroboh premis.

Yazid dalam penghakima­nnya berkata, pihak plaintif memfailkan notis usul yang disokong oleh afidavit.

Bagaimanap­un, beliau berkata, tiada sebarang afidavit balasan dikemukaka­n oleh pihak pendakwaan selaku respondan dalam kes ini.

“Selain itu majistret juga tiada budi bicara untuk membatalka­n ikat jamin yang dibenarkan walaupun mendapati penjelasan plaintif tidak memuaskan dalam prosiding semalam,” katanya.

Selain Shafee, Jamal turut diwakili beberapa peguam lain termasuk Datuk Mohd Imran Tamrin manakala Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairus Johari dan Fatin Hadni Khairuddin selaku respondan dalam prosiding itu.

Semalam, Mahkamah Majistret Ampang menarik balik perintah ikat jamin terhadap Jamal bagi dua pertuduhan menceroboh dua premis perjudian di Taman Kosas dua tahun lalu.

Bagi tuduhan menceroboh, Jamal didakwa bersama-sama empat lagi yang masih bebas didapati melakukan penceroboh­an di Kedai Happy Toys, No. 23, Jalan Kosas 1/2, Taman Kosas, Ampang.

Dia juga didakwa bersama seorang yang sudah dituduh dan seorang lagi yang masih bebas melakukan perbuatan sama di Kedai Starcom Trading and Services No. 23&25, Jalan Kosas 13 di taman sama.

 ??  ?? JAMAL dibebaskan dengan jaminan RM20,000 oleh tiga penjamin.
JAMAL dibebaskan dengan jaminan RM20,000 oleh tiga penjamin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia