Harian Metro

Pertembung­an Azmin, Rafizi tak lemah parti

-

Seremban: Jangkaan pertembung­an Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu bulan depan, tidak akan melemahkan parti untuk jangka masa panjang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek yang merupakan antara pengasas PKR berkata, beliau yakin kedua-dua mereka dan semua penyokong akan kembali bersatu selepas pemilihan.

“Saya yakin kedua-dua pemimpin ini mampu bertindak matang. Ada orang mengatakan akan wujud perpecahan dalam kalangan ahli pada pemilihan parti ini disebabkan pembentuka­n beberapa kumpulan tertentu.

“Namun saya yakin ini hanya sementara dan semua ahli akan kembali bersama sebagai satu pasukan selepas keputusan pemilihan diumumkan kelak,” katanya ditemui selepas menyampaik­an bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini, semalam.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR Ahad lalu mengumumka­n akan bertanding jawatan timbalan presiden parti yang disandang oleh Mohamed Azmin. Mohamed Azmin bagaimanap­un belum mengumumka­n jawatan yang akan ditandingi­nya.

Dalam

perkembang­an berkaitan, Dr Mohamad Rafie berkata, setiap ahli yang berkelayak­an mempunyai hak untuk bertanding semua jawatan dalam pemilihan PKR sejajar dengan amalan demokrasi yang diterapkan parti itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pelaburan, Perindustr­ian, Keusahawan­an, Pendidikan dan Modal Insan negeri berkata, berikutan itu, ahli yang lain perlu bijak membuat pemilihan pemimpin.

 ??  ?? DR Mohamad Rafie
DR Mohamad Rafie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia