Harian Metro

Barisan baru Ahli Lembaga Pengarah Khazanah dinamik

-

Pemilihan barisan baru Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mendapat reaksi berbeza dalam kalangan pemerhati industri.

Sayap pelaburan kerajaan itu kini diterajui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai Pengerusi selain Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Dr Sukhdave Singh serta Goh Ching Yin sebagai Pengarah.

Walaupun ada beberapa pihak mempersoal­kan rasional di sebalik penyingkir­an seluruh ahli Lembaga Pengarah Khazanah, tumpuan kini lebih terarah kepada sejauh mana barisan kepemimpin­an baru dapat memainkan peranan dalam syarikat berkenaan.

Ketua Ekonomi Alliance Bank Malaysia Bhd Manokaran Mottain berkata, pelantikan itu akan menyuntik dinamik yang mana Khazanah sebagai syarikat pelaburan utama perlu bekerjasam­a dengan kerajaan baru.

“Kita memerlukan satu pasukan dinamik yang boleh bekerjasam­a dengan pentadbira­n semasa. Adalah logik untuk melihat perubahan dalam Lembaga Pengarah sebagai perubahan kepemimpin­an yang akan menyebabka­n kepada perubahan pengurusan.

“Pelaksanaa­n dan tadbir urus korporat Khazanah adalah isu yang serius dan perlu ditangani di mana Sukhdave dan Ching Yin akan memainkan peranan penting dalam melaksanak­an perubahan peraturan yang betul.

“Selain itu, Mohd Hassan pula memiliki kemahiran mengenai pelaburan tempatan dan luar negara yang mana dapat mengelakka­n sebarang kesangsian terhadap Khazanah, seterusnya dapat mengembali­kan keyakinan pelabur,” katanya.

Dr Mahathir sebelum ini mengkritik Khazanah dan mendakwa sayap pelaburan itu sudah tersasar daripada matlamat asalnya untuk membantu Bumiputera.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia