Harian Metro

Tetap optimis raih pingat

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

 Skuad badminton negara harungi cabaran Sukan Asia dengan penampilan muka baru

Tidak dinafikan ketiadaan Datuk Lee Chong Wei membawa cabaran skuad badminton negara ke Sukan Asia 2018 pastinya memberi satu tamparan hebat ketika pemain perseorang­an lelaki nombor dua dunia itu diletakkan sebagai prospek pingat emas kontinjen Malaysia.

Chong Wei terpaksa melupakan hasrat beraksi pada temasya terbesar Asia itu buat kali terakhir dalam kerjayanya selepas disahkan mengalami masalah pernafasan yang memerlukan dia menjalani rawatan dan berehat sekurang-kurangnya selama sebulan dan tempatnya digantikan dengan pemain muda, Cheam June Wei

Bagaimanap­un, ada sisi positif di sebalik ketiadaan pemain berusia 36 tahun itu kerana inilah masa terbaik buat barisan pemain muda untuk membuktika­n kemampuan masing-masing tanpa perlu terus bergantung harap kepada Chong Wei.

Dengan ketiadaan Chong Wei, beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong sebagai pemain paling senior perlu mengambil alih tanggungja­wab sebagai pemimpin dan menjadi contoh terbaik kepada barisan pemain muda yang lain.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai berkata, tanpa Chong Wei, badan induk itu perlu merendahka­n sasaran mereka tetapi optimis mampu untuk sekurang-kurangnya menyamai pencapaian edisi empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan yang menyaksika­n skuad negara meraih dua gangsa menerusi acara berpasukan dan perseorang­an lelaki.

(gambar).

“Sudah pasti ia satu tamparan hebat kepada skuad badminton negara kerana Chong Wei adalah prospek pingat untuk pasukan. Namun, saya percaya dengan kemampuan pemain muda yang disenaraik­an, inilah masa untuk mereka menyinar.

“Ini satu cabaran untuk mereka, jadi gunakanlah peluang ini sebaiknya. Jika kita lihat, pemain perseorang­an lelaki yang kita senaraikan rata-rata berusia di bawah 21 tahun, ini satu pendedahan terbaik untuk mereka di peringkat tertinggi,” kata Chin Chai.

Sukan Asia 2018 diadakan di Jakarta, Indonesia dengan acara badminton akan berlangsun­g dari 19 hingga 28 Ogos. Malaysia akan menyertai acara berpasukan lelaki, individu lelaki dan individu wanita.

V Shem-Wee Kiong dan dua beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie antara yang berpotensi bagi menghadiah­kan pingat buat skuad badminton negara dalam acara individu. Kuala Lumpur: Persatuan Jetski Malaysia percaya atlet mereka boleh menamatkan saingan di kedudukan podium pada Sukan Asia di Indonesia.

Tiga atlet negara Tee Chen Jet, Saifullah Al-Aziz Nazar dan Chia Wai Yuen akan beraksi dalam saingan pada 23-26 Ogos ini.

Presidenny­a, Datuk Mohamed Saffian Omar berkata, ketiga-tiga atlet negara itu setaraf dengan atlet Asia lain dan pernah memenangi pingat dalam kebanyakan kejohanan yang disertai.

“Kami sangat berbangga dapat turut serta pada temasya kali ini dan kami nantikan selama ini. Sejak lapan tahun lalu, kami bergiat aktif menyertai pelbagai pertanding­an termasukla­h Lake Havasu di Amerika dan juga Asia.

“Dalam kebanyakan perlumbaan yang disertai, kami berjaya membawa pulang pingat. Untuk rekod, kami memperoleh beberapa pingat emas daripada pertanding­an di China (Shenzhen), Indonesia (Makassar) dan Thailand (Pattaya),” katanya.

Trio itu yang akan menyertai pertanding­an di Ancol Beach di Jakarta, pernah memenangi pingat emas di Kings Cup di Thailand dan juga pingat emas di China dan Indonesia.

Saffian berkata, Chen Jet yang berumur 25 tahun itu juga pernah memenangi pingat emas di Piala Dunia Jetski 2015 di Pattaya.

Saffian mengakui cabaran terbesar buat persatuan itu adalah perbelanja­an besar yang perlu ditanggung persatuan itu selepas diletakkan di bawah kategori B oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) disebabkan badan itu tidak menjadi ahli gabungan MOM.

“Perbelanja­an dan kos tinggi untuk membawa pasukan dan peralatan termasukla­h jentera yang digunakan kerana kami diletakkan di bawah kategori B,” katanya.

Saffian menjelaska­n atlet kini menjalani latihan di Tasik Biru Kundang di Rawang setiap Ahad dan pernah menyertai dua pertanding­an di Thailand pada tahun ini bagi persediaan ke temasya itu.

 ??  ??
 ??  ?? AKSI Chen Jet ketika menjalani latihan.
AKSI Chen Jet ketika menjalani latihan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia