Harian Metro

Angin ahmar bukan penghalang

-

Seorang warga emas, Anuar Taib, 79, mengakui impiannya untuk menjejakka­n kaki ke Tanah Suci tidak pernah padam walaupun pernah menderita penyakit angin ahmar beberapa tahun lalu.

Menurutnya, sejak dulu, dia teringin menunaikan ibadat di bumi Makkah, namun baru kini mendapat peluang selepas menunggu hampir 20 tahun.

“Hasrat menjejakka­n kaki ke Tanah Suci sentiasa meluap-luap biarpun ketika diserang angin ahmar namun berkat doa setiap hari, akhirnya Allah makbulkan permintaan saya.

“Bagaimanap­un, saya reda walaupun ketika ini mempunyai masalah untuk bergerak, namun akhirnya saya ‘dijemput’ menjadi tetamu Allah dan jika sudah takdirkan, tiada siapa pun dapat menghalang­nya,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji (TH) di sini.

Anuar yang berasal dari Tanjong Karang, Selangor turut ditemani isteri, Jariah Hamzah,71, serta menantu, Shamsuddin Nordin,32, yang dipilih sebagai pengiring bagi membantu bapa dan ibu mentuanya melaksanak­an ibadat haji di Tanah Suci.

Anuar berkata, dia mula diserang angin ahmar dua tahun lalu, tetapi sudah sembuh menyebabka­nnya tidak mampu untuk berjalan dan berdiri lama.

Menurutnya, sebelum ini, dia pernah membuat rayuan beberapa kali dengan TH sebelum akhirnya berjaya.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada TH yang membuka jalan untuk saya menjejak kaki ke Tanah Suci,” katanya.

Katanya, dia sudah lama menabung dengan TH melalui sumber jualan hasil padi yang diusahakan.

“Saya bertuah kerana menantu sanggup membantu untuk sama-sama melakukan ibadat haji kerana dia memahami situasi kami yang sudah tua,” katanya.

 ??  ?? ANUAR (tengah) bersama Jariah dan Shamsuddin.
ANUAR (tengah) bersama Jariah dan Shamsuddin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia