Harian Metro

Kaji semula harga runcit gula

-

Kuala Lumpur: Kerajaan mengkaji semula penetapan harga runcit gula bagi meringanka­n beban ekonomi rakyat, termasuk berkaitan pemberian Permit Import (AP).

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, kerajaan komited dalam mencari langkah terbaik mengurangk­an harga gula.

“Penetapan harga dibuat berdasarka­n harga gula mentah dunia dan mengambil kira pelbagai kos antaranya pentadbira­n, operasi kilang penapis, logistik serta margin pengilang, pemborong dan peruncit bagi memproses gula mentah.

“Kerajaan mempertimb­angkan liberalisa­si sistem AP dan mengkaji dasar berkaitan pemberian AP supaya harga runcit gula selari dengan perubahan harga di pasaran dunia,” katanya.

Terdahulu, beliau menjawab pertanyaan lisan Pang Hok Liong (PH-DAP Labis) berkaitan kesediaan kerajaan mengeluark­an lebih banyak AP supaya harga gula boleh diturunkan kepada RM1.50 sekilogram.

Mengambil kira pelbagai kos, Chong berkata, agak mustahil harga jualan runcit gula putih diturunkan menjadi RM1.50 sekilogram.

“Harga gula negara ini antara yang terendah dalam kalangan negara ASEAN iaitu RM2.95 bagi gula putih kasar dan RM3.05 bagi gula putih halus berkuat kuasa mulai 1 Mac 2017,” katanya.

Harga gula di Indonesia adalah RM3.58 sekilogram, Vietnam RM4.41 sekilogram manakala di Singapura adalah RM4.65 sekilogram.

 ??  ?? CHONG
CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia