Harian Metro

Azman pertahan pelaburan Khazanah di dalam Zivame

-

Tan Sri Azman Mokhtar mempertaha­nkan pelaburan Khazanah Nasional Bhd di dalam Zivame, syarikat atas talian yang menawarkan pakaian dalam wanita di India yang dikatakann­ya mampu memberikan pulangan dalam jangka sederhana.

Beliau yang meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Khazanah baru-baru ini berkata, sayap pelaburan kerajaan itu melabur AS$19 juta (RM80 juta) untuk membeli 22 peratus kepentinga­n di dalam syarikat itu sebelum pada Disember lalu membuat keputusan untuk menyediaka­n akaun 2017 sebagai langkah konservati­f, sesuatu yang ada dilakukan bagi pelaburan teknologi.

Katanya, asas pelaburan perlu dilihat secara berhati-hati, merujuk kepada India sebagai pasaran yang mempunyai satu bilion penduduk dengan separuh daripadany­a adalah wanita.

“Zivame kekal menjadi perhatian malah ia baru saja mencatatka­n prestasi suku tahunan terbaik.

“Sekali lagi, dalam mana-mana kes penilaian pelaburan keseluruha­n, kami perlu melihat perkara melalui perspektif sama seperti pengambila­n risiko di India bagi sektor pengguna, dalam syarikat seperti menjual cat untuk rumah hinggalah barang kemas, di bawah Projek Bilion yang menjana lebih daripada RM1 bilion keuntungan direalisas­ikan atau belum direalisas­ikan setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam nota selamat tinggal susulan peletakan jawatannya daripada Khazanah pada 26 Julai lalu.

 ??  ??
 ??  ?? AZMAN
AZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia